Soalan:
Selepas baca al-fatihah dalam solat, seperti dalam rakaat ketiga atau keempat, imam masih belum rukuk, apa yang terbaik untuk saya lakukan?
Jawapan:
Saya nukilkan di sini soal-jawab Ibn Hajar al-Haitami RH dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra 1/142:
(وَسُئِلَ) - نَفَعَ اللَّهُ بِهِ - بِمَا لَفْظُهُ: حَيْثُ لَا يُسَنُّ لِلْمَأْمُومِ قِرَاءَةُ السُّورَةِ، وَفَرَغَ مِنْ فَاتِحَتِهِ قَبْلَ رُكُوعِ الْإِمَامِ، فَهَلْ يَسْكُتُ، أَوْ يَقْرَأُ، أَوْ يَشْتَغِلُ بِذِكْرٍ وَهَلْ إذَا فَرَغَ مِنْ التَّشَهُّدِ الْأَوَّلِ قَبْلَهُ، يَسْكُتُ، أَوْ يَشْتَغِلُ بِبَقِيَّةِ التَّشَهُّدِ مَعَ الدُّعَاءِ بَعْدَهُ
(فَأَجَابَ) بِأَنَّ الْمَأْمُومَ إذَا فَرَغَ مِنْ فَاتِحَتِهِ وَلَمْ يَسْمَعْ قِرَاءَةَ الْإِمَامِ؛ كَأَنْ بَعُدَ عَنْهُ أَوْ سَمِعَ صَوْتًا لَا يَفْهَمُهُ؛ أَوْ كَانَ فِي سِرِّيَّةٍ، وَفِي الثَّالِثَةِ، أَوْ فِي الرَّابِعَةِ مِنْ الرُّبَاعِيَّةِ، سُنَّ لَهُ أَنْ يَقْرَأَ، أَوْ يَدْعُوَ، وَالْقِرَاءَةُ أَوْلَى؛ لِأَنَّ الْقِيَامَ مَحَلُّهَا، وَلَا يَسْكُتُ لِأَنَّ الصَّلَاةَ لَا سُكُوتَ فِيهَا إلَّا فِي مَوَاضِعَ لَيْسَتْ هَذِهِ مِنْهَا. وَكَذَا إذَا فَرَغَ مِنْ التَّشَهُّدِ الْأَوَّلِ قَبْلَ إمَامِهِ فَإِنَّهُ يُسَنُّ لَهُ أَنْ يَشْتَغِلَ بِالدُّعَاءِ لَا بِالصَّلَاةِ عَلَى الْآلِ؛ لِأَنَّهَا مَكْرُوهَةٌ فِي التَّشَهُّدِ الْأَوَّلِ؛ لِأَنَّ فِيهَا نَقْلَ رُكْنٍ قَوْلِيٍّ عَلَى قَوْلٍ وَهُوَ مُبْطِلٌ عَلَى قَوْلٍ.
Maksudnya: “(Beliau ditanya) — semoga Allah memberi manfaat dengannya — dengan lafaz berikut: Dalam keadaan tidak disunatkan bagi makmum membaca surah, sedangkan makmum telah selesai membaca al-Fatihah sebelum imam rukuk, maka adakah makmum itu diam sahaja, atau membaca (ayat atau surah al-Quran), atau menyibukkan diri dengan zikir? Demikian juga adakah apabila makmum selesai membaca tasyahud awal sebelum imam, makmum itu perlu diam sahaja, atau menyibukkan diri dengan sambungan tasyahud bersama doa selepasnya?
(Maka dijawab oleh Ibn Hajar) bahawa makmum, apabila selesai membaca al-Fatihah dan dia tidak mendengar bacaan imam — seperti kerana dia jauh daripada imam, atau mendengar suara tetapi tidak memahaminya, atau berada dalam solat sirriyyah (bacaan perlahan), atau pada rakaat ketiga atau keempat dalam solat empat rakaat — disunatkan baginya untuk membaca (ayat atau surah al-Quran) atau berdoa, dan membaca (ayat atau surah) itu lebih utama, kerana qiyam adalah tempatnya. Dan dia tidak berdiam sahaja, kerana tidak ada diam dalam solat kecuali pada beberapa tempat tertentu, dan ini bukan daripadanya. Demikian juga apabila makmum selesai membaca tasyahud awal sebelum imamnya, maka disunatkan baginya menyibukkan diri dengan berdoa, bukan dengan selawat ke atas keluarga (Nabi); kerana selawat ke atas keluarga dimakruhkan dalam tasyahud awal, disebabkan padanya terdapat perbuatan pemindahan rukun qauli menurut satu pendapat, dan ia membatalkan solat menurut pendapat yang lain.”
Kedudukan berdiri dalam solat, merupakan tempat membaca al-Quran dan berdoa, diriwayatkan juga dari perbuatan para sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakar al-Siddiq RA. Perkara ini antaranya berdasarkan riwayat Malik dalam al-Muwattha daripada Abi Abdillah al-Sunabiji (أبي عبد الله الصنابحي) yang berkata:
قَدِمْتُ الْمَدِينَةَ فِي خِلاَفَةِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رضي الله عنه، فَصَلَّيْتُ وَرَاءَهُ الْمَغْرِبَ، فَقَرَأَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ بِأُمِّ الْقُرْآنِ، وَسُورَةٍ سُورَةٍ مِنْ قِصَارِ الْمُفَصَّلِ، ثُمَّ قَامَ فِي الثَّالِثَةِ، فَدَنَوْتُ مِنْهُ حَتَّى إِنَّ ثِيَابِي لَتَكَادُ أَنْ تَمَسَّ ثِيَابَهُ، فَسَمِعْتُهُ قَرَأَ بِأُمِّ الْقُرْآنِ وَبِهذِهِ الآيَةِ: ﴿رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ﴾
“Aku datang ke Madinah pada masa pemerintahan Abu Bakar al-Ṣiddīq رضي الله عنه. Lalu aku menunaikan solat Maghrib di belakangnya. Maka beliau membaca pada dua rakaat yang pertama dengan Umm al-Qur’an (al-Fatihah) dan satu surah daripada surah-surah pendek al-Mufaṣṣal. Kemudian beliau berdiri pada rakaat ketiga. Lalu aku mendekatinya sehingga pakaianku hampir menyentuh pakaiannya, maka aku mendengar beliau membaca Umm al-Qur’an (al-Fatihah) dan ayat ini: ﴿رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ﴾ “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (Surah Āli ‘Imrān: 8) Kata Imam Nawawi dalam Khulasah al-Ahkam 1/387: “Isnadnya sahih.”
Al-Syeikh al-‘Allāmah al-Muḥaddith Zakariyya al-Kandahlawī berkata dalam “Awjaz al-Masālik ilā Muwaṭṭa’ Mālik” (2/125, cet. Dār al-Qalam):
قال الباجي: يحتمل أنه رضي الله عنه دعا بهذه في آخر الركعة على معنى الدعاء؛ لمعنًى تذكّره أو خشوع حضره، لا على معنى أنه قرن قراءته على حسب ما تقرن بها السورة
“Al-Bājī berkata: “boleh difahami Abu Bakar رضي الله عنه berdoa dengan ayat ini pada akhir rakaat dalam maksud doa, kerana suatu makna yang terlintas dalam ingatannya atau kekhusyukan yang hadir padanya; bukan dengan maksud beliau menggandingkan bacaan al-Fatihah sebagai mana digandingkan bersama surah (sebagaimana rakaat lain).”
Dalam al-Mughniy 1/413 Ibn Qudamah menyebut:
فَأَمَّا إنْ دَعَا إنْسَانٌ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ بِآيَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ مِثْلُ مَا فَعَلَ الصِّدِّيقُ فَقَدْ رُوِيَ عَنْ أَحْمَدَ أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: إنْ شَاءَ قَالَهُ، وَلَا نَدْرِي أَكَانَ ذَلِكَ قِرَاءَةً مِنْ أَبِي بَكْرٍ أَوْ دُعَاءً؟ فَهَذَا يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِذَلِكَ؛ لِأَنَّهُ دُعَاءٌ فِي الصَّلَاةِ فَلَمْ يُكْرَهْ، كَالدُّعَاءِ فِي التَّشَهُّدِ
“Adapun jika seseorang berdoa pada rakaat terakhir dengan satu ayat daripada al-Quran, seperti apa yang dilakukan oleh al-Ṣiddīq, maka telah diriwayatkan daripada Ahmad yang pernah ditanya tentang perkara tersebut. Lalu beliau berkata: “Jika dia mahu, dia boleh mengucapkannya, dan kami tidak mengetahui sama ada perkara itu merupakan satu bacaan dengan niat al-Quran daripada Abu Bakar atau doa.” Maka hal ini menunjukkan bahawa tidak mengapa melakukan demikian, kerana ia merupakan doa di dalam solat, maka ia tidak dimakruhkan, sebagaimana doa dalam tasyahud.”
Pandangan ini bertepatan dengan mazhab Syafi‘e yang berpandangan tidak disunatkan lagi membaca surah selepas al-Fatihah pada rakaat ketiga dan keempat. Imam Nawawi berkata dalam “al-Majmū‘” (3/386–387, cet. Dār al-Fikr), setelah menyebut dua pendapat dalam masalah ini:
وصحَّحت طائفة عدم الاستحباب، وهو الأصح، وبه أفتى الأكثرون، وجعلوا المسألة من المسائل التي يُفتى فيها على القديم
“Sekelompok ulama mensahihkan bahawa tidak disunatkan (membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat), dan itulah pendapat Asah, serta dengannya majoriti (ulama mazhab Syafi‘e) berfatwa. Mereka menjadikan masalah ini termasuk dalam permasalahan yang difatwakan menurut pendapat qadīm.”
Dan al-‘Allāmah al-Khaṭīb al-Shirbīnī berkata dalam “Mughnī al-Muḥtāj” (1/361, cet. Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah):
(وتُسنُّ) للإمام والمنفرد (سورةٌ) يقرؤها في الصلاة (بعد الفاتحة) ولو كانت الصلاة سرية (إلا في الثالثة) من المغرب وغيرها (والرابعة) من الرباعية (في الأظهر)
“(Disunatkan) bagi imam dan orang yang solat sendirian (membaca satu surah) yang dibacanya dalam solat (selepas al-Fatihah), walaupun solat itu sirriyyah (bacaan perlahan), kecuali pada rakaat ketiga dalam solat Maghrib dan selainnya, dan rakaat keempat dalam solat empat rakaat, menurut pendapat al-azhar.”