SDI 1083: Hukum Sujud Tilawah Tanpa Wudhu

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 4128

Soalan:
Bolehkah atau apakah hukumnya jika saya melakukan sujud tilawah(sujud sajdah)ygmna ketika itu saya tidak bwudhuk & tidak mmakai stokin.(di luar solat).
Persoalan juga,adakah kita kena bertakbiratul ihram, dan selepas itu mberi salam?
Mohon pcerahan dari ustaz.

Jawapan:

Harus tanpa wudhu. Inilah pandangan beberapa ulama. Namun yg lebuh utama adalah dgn wudhu.

Di bawah ini penjelasan ringkas dr saya:

Dalam isu ini, para ulama tidak sependapat.

Majoriti ulama termasuk keempat2 mazhab fiqh berpandangan wajib ada pada sujud tilawah syarat2 sahnya solat spt wajib suci dr kedua2 hadas, mengadap kiblat menutup aurat dan seumpamanya. Mereka berpandangan sujud tilawah adalah solat, atau sebahagian dr solat atau berada pd kedudukan solat.

Sebahagian ulama lain berpandangan sujud tilawah tidak disyaratkan apa2 yg disyaratkan utk solat kerana sujud tilawah bukan solat.

alImam alBukhari ada meriwayatkan drpd Ibn 'Umar yg pernah sujud tilawah tanpa wudhu. Perbuatan Ibn 'Umar ini menjadi salah satu sandaran pendapat yg mengatakan sujud tilawah tidak disyaratkan apa2 yg disyaratkan utk solat, termasuklah tidak disyaratkan perlu berwudhu dan menutup aurat.

Antara yg memegang pandangan ini ialah Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah RH di dlm kitabnya alFatawa alKubra 5/340 dan lainnya. Pandangan ini dikuatkan lagi dgn hadis2 ttg sujud tilawah yg tidak memiliki bukti bagi menunjukkan wajib toharah atau berwudhu. Bahkan bukti yg boleh diambil dr hadis2 tersebut utk mengatakan tidak wajib wudhu adalah lebih dekat.

Saya datangkan perkataan alImam alSyaukani di sini, beliau berkata:

ليس في أحاديث سجود التلاوة ما يدل على اعتبار أن يكون الساجد متوضئا ، وقد كان يسجد معه - صلى الله عليه وسلم - من حضر تلاوته ، ولم ينقل أنه أمر أحدا منهم بالوضوء ، ويبعد أن يكونوا جميعا متوضئين . وأيضا قد كان يسجد معه المشركون كما تقدم ، وهم أنجاس لا يصح وضوؤهم

Maksudnya: "tiada di dalam hadis2 berkaitan sujud tilawah apa2 bukti yg boleh diambil kira org yg sujud itu dlm keadaan berwudhu. Telah sujud bersama baginda SAW sesiapa yg hadir ketika bacaan baginda (akan ayat yg ada sujud tilawah) dan tiada nukilan baginda memerintahkan seorangpun dr kalangan mereka semua yg ada utk berwudhu. Amat jauh sekali utk diandaikan kesemua mereka yg ada pada ketika itu dlm keadaan berwudhu. Demikian juga turut sujud bersama dgn mereka ketika itu org2 musyrikin spt yg telah dinyatakan sebelum ini dan mereka itu (org2 musyrikin) kotor akidahnya dan jika mereka berwudhupun tidak dikira sah wudhu mereka tersebut." (Nail alAwthor 5/347)

Hadis yg dimaksudkan oleh alSyaukani ini diriwayatkan oleh alBukhari drpd Ibn 'Abbas RA yg berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَجَدَ بِالنَّجْمِ ، وَسَجَدَ مَعَهُ المُسْلِمُونَ وَالمُشْرِكُونَ ، وَالجِنُّ وَالإِنْسُ

Maksudnya: "Bahawa Nabi SAW pernah sujud (tilawah) kerana membaca surah alNajm dan turut serta sujud bersama baginda org2 org2 muslimin dan musyrikin demikian juga jin dan manusia."

Bagi hadis ini, alImam alBukhari meletakkan tajuknya dgn berkata: "Bab Sujud Muslimin bersama Musyrikin, dan Seorg Musyrik itu Adalah Najis (akidahnya) Tiada Hukum Wudhu Baginya dan Ibn 'Umar Pernah Sujud (tilawah) Tanpa Ada Wudhu"

Saya nukilkan pula perkataan Ibn Hajar ketika mensyarahkan perkara ini dgn katanya:

قال – ابن رشيد - ويحتمل أن يجمع بين الترجمة وأثر ابن عمر : بأنه يبعد في العادة أن يكون جميع من حضر من المسلمين كانوا عند قراءة الآية على وضوء ، لأنهم لم يتأهبوا لذلك ، وإذا كان كذلك فمن بادر منهم إلى السجود خوف الفوات بلا وضوء ، وأقره النبي صلى الله عليه وسلم على ذلك : استدل بذلك على جواز السجود بلا وضوء ، عند وجود المشقة بالوضوء ، ويؤيده أن لفظ المتن ( وسجد معه المسلمون والمشركون والجن والإنس ) . فسوى ابن عباس في نسبة السجود بين الجميع ، وفيهم من لا يصح منه الوضوء ، فيلزم أن يصح السجود ممن كان بوضوء ، وممن لم يكن بوضوء . والله أعلم

Maksudnya: "Kata Ibn Rasyid dan difahami antara bab yg disebut oleh alBukhari ini dgn athar Ibn 'Umar bahawa suatu yg sukar pd kebiasaannya semua org yg hadir ketika bacaan ayat alQuran tersebut dr kalangan org muslim dlm keadaan berwudhu kerana mereka belum bersedia utk itu. Jika demikian, maka di kalangan mereka ada org yg segera sujud ketika dibaca ayat tersebut krn bimbang terluput waktu, tanpa wudhu. Dan perkara itu diperakui oleh Nabi SAW. Dijadikan dalil dr peristiwa ini keharusan sujud tilawah tanpa wudhu, ketika ada kesempitan utk berwudhu dan dikuatkan dgn lafaz hadis: "dan sujud bersama baginda org muslimin dan musyrikin, jin dan manusia." Ibn 'Abbad telah menyamakan penisbahan sujud kpd seluruh mereka yang mana dr kalangan mereka itu org2 yg tidak sah wudhu sama sekali (org2 musyrikin), maka mesti difahami bahawa sujud itu sah dr org yg ada wudhu dan dr org yg tidak berwudhu. Wallahu a'lam." (alFath 2/554)

Saya nukilkan pula jawapan dr alSyeikh Ibn 'Uthaimin RH ketika ditanya:

هل يجوز للمحدث أن يسجد للتلاوة أو الشكر؟
فأجاب : "حكم هذه المسألة ينبني على الخلاف في سجدتي التلاوة والشكر، هل هما صلاة أم لا؟ فإن قلنا هما صلاة: وجبت لهما الطهارة، وإن قلنا إنهما غير صلاة: لم تجب لهما الطهارة .
والمتأمل للسنة يدرك أنهما ليستا صلاة، لأن الرسول صلى الله عليه وسلم كان يسجد للتلاوة، ولم ينقل عنه أنه كان يكبر إذا سجد ولا إذا رفع ولا يسلم، إلا في حديث رواه أبو داود في التكبير للسجود دون الرفع منه ودون التسليم .
فمن تأمل سجود الرسول صلى الله عليه وسلم للتلاوة أو الشكر تبين له أنه لا ينطبق عليه تعريف الصلاة، وعليه فلا تكون سجدة التلاوة وسجدة الشكر من الصلاة، وحينئذ لا يحرم على من كان محدثا أن يسجد للتلاوة أو الشكر، وقد صح عن عبد الله بن عمر ـ رضي الله عنهما ـ أنه كان يسجد للتلاوة بدون وضوء.
ولكن لا ريب أنه الأفضل أن يتوضأ الإنسان، لاسيما وأن القارئ سوف يتلو القرآن، وتلاوة القرآن يشرع لها الوضوء لأنها من ذكر الله، وكل ذكر لله يشرع له الوضوء " انتهى من "مجموع فتاوى ورسائل العثيمين" (11/215)

Maksudnya: "Apakah boleh seorg yg berhadas utk sujud tilawah atau sujud syukur?"

Jawapan beliau:

"Hukum persoalan ini menurut perbezaan pandangan berkaitan sujud tilawah dan sujud syukur, apakah kedua2nya itu dikira sebagai solat atau tidak? Jika kita mengatakan kedua2 sujud itu adalah solat, maka wajiblah wudhu utk melakukannga. Jika kita mengatakan kedua2nya bukan solat, maka tidak wajib wudhu utk melakukannya. Seorg yg memerhatikan sunnah akan mendapati bahawa kedua2nya bukanlah solat, kerana Rasul SAW sujud tilawah dan tidak ada nukilan baginda bertakbir apabila hendak sujud tiada juga bertakbir ketika bangun drnya dan tiada juga memberi salam, melainkan pd hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud yg ada menyebut ttg bertakbir utk sujud tanpa takbir ketika bangun dr sujud dan tanpa salam. Maka sesiapa yg memerhatikan sujud baginda SAW utk tilawah atau syukur menjadi jelas pdnya bahawa tidak terdapat pd sujud itu tanda ianya solat, oleh itu sujud tilawah dan sujud syukur tidak termasuk solat. Oleh itu tidak dilarang sesiapa yg dlm keadaan berhadas melakukan sujud tilawah atau sujud syukur. Telah sahih juga drpd Abdullah bin 'Umar RA yg pernah sujud tilawah tanpa ada wudhu. Namun tidak diragukan bahawa yg lebih utama ialah berwudhu terutamanya org itu akan membaca alQuran dan ia disyariatkan berwudhu kerana ia termasuk zikirullah, dimana setiap zikrullah disyariatkan berwudhu." (Majmu' Fatawa wa Rasail al'Uthaimin 11/215)

Cetak
Wallahu a'lam