SDI 1064: Boleh Mintak orang Miskin Doa Kepada Kita Selepas Kita Beri Zakat Kepada Mereka?

Fiqh Ibadat Jumlah paparan: 911

Soalan: 

Ustaz, bila kita bagi zakat atau sedekat kpd org miskin. Patutkah kita minta merrka doakan utk kita.

Jawapan:

TIDAK perlu, bahkan dibimbangi ia termasuk mengharapkan balasan setelah melakukan kebaikan kepada mereka. Allah SWT berfirman:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا * إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللهِ لَا نُرِيدُ منكم جزاء ولا شكورا

Maksudnya: "mereka (ahli syurga) memberi makan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Mereka berkata): hanyasanya kami memberi makan kepada kamu semua ini adalah kerana mengjarapkan keredhaan Allah, tidak kami kehendaki dari kamu semua balasan dan pujian." (alInsan: 8-9)

Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesiapa yang meminta dari orang fakir doa atau pujian, dia terkeluar dari ayat ini... 'Aisyah RA jika mengirim utusan untuk memberikan sesuatu pemberian kepada golongan tertentu, beliau akan berkata kepada utusan tersebut:

اسْمَعْ مَا دَعَوْا بِهِ لَنَا ; حَتَّى نَدْعُوَ لَهُمْ بِمِثْلِ مَا دَعَوْا وَيَبْقَى أَجْرُنَا عَلَى اللَّهِ .

Maksudnya: "kamu dengarkan terlebih dahulu doa apa yang dia bacakan untuk kita, agar kita juga berdoa untuknya sama seperti doa dia kepada kita, dan pahala untuk kita kekal dikurniakan oleh Allah."

Kata sebahagian salaf:

إذَا أَعْطَيْت الْمِسْكِينَ فَقَالَ : بَارَكَ اللَّهُ عَلَيْك . فَقُلْ : بَارَكَ اللَّهُ عَلَيْك . أَرَادَ أَنَّهُ إذَا أَثَابَك بِالدُّعَاءِ فَادْعُ لَهُ بِمِثْلِ ذَلِكَ الدُّعَاءِ حَتَّى لَا تَكُونَ اعتضت مِنْهُ شَيْئًا . هَذَا وَالْعَطَاءُ لَمْ يُطْلَبْ مِنْهُمْ

Maksudnya: "apabila kamu berikan (sesuatu) kepada seorang miskin. Lalu dia berkata: "semoga Allah berkati kamu". Maka kamu jawablah: "semoga Allah berkati kamu juga" mereka (sebahagian salaf) mahu apabila kamu dibalas dengan doa (doa dari orang miskin), maka kamu berdoalah pula permintaan yang sama untuk orang miskin tersebut, sehingga kamu tidak dikira telah mengambil sesuatu sebagai ganti daripada orang miskin tersebut." (Majmu' alFatawa 11/111-112)

Cetak
Wallahu a'lam