Ibn Abi Syaibah meriwayatkan di dlm alMusannaf drpd Qurrah yg berkata :
"Sampai kpd kami surat dr 'Umar bin 'Abdul 'Aziz berkaitan zakat alFitr sebanyak setengah gantang gandum dr setiap insan muslim atau nilai setengah dirham." Drpd alHasan alBasri pula yg berkata: "tidak mengapa dikeluarkan wang dirham utk zakat alFitr." Kata Abu Ishak: "aku mendapati mereka mengeluarkan zakat alFitr dgn wang dirham menurut nilai makanan." (Musannaf Ibn Abi Syaibah 3/174)
Kata alSarakhsi: "alFaqih Jaafar RH berkata: "mengeluarkan nilai (bayar dgn wang utk zakat alFitr) adalah lebih utama kerana ia lebih dekat dapat mendatangkan manfaat kpd fakir. Dengan wang tersebut dia boleh membeli apa2 yg diperlukannya. Pernyataan zakat dikeluarkan dgn gandum dan barli adalah dahulu kerana jual beli ketika itu di Madinah dengan gandum dan barli. Adapun di negara kita sekarang ini jual beli dengan wang. Wang itu telah menjadi harta yg paling berharga. Maka mengeluarkan zakat dgn wang adalah lebih utama..." (alMabsuth: 2/149)