Keluarkan zakat fitr dgn nilai adalah HARUS bahkan inilah pandangan yg RAJIH. Ia bertepatan dgn pandangan alImam Abu Hanifah dan para sahabat beliau. Inilah juga pandangan Sufyan alThauri dan alHasan alBasri dr kalangan tabi'ien.
Keharusan ini terpakai terutamanya pd ketika wang lebih diperlukan oleh org miskin sepertimana realiti hari ini di kebanyakan tempat di serata dunia. Mudah2an hadis Nabi SAW:
أغنوهم في هذا اليوم
Maksudnya: "Cukupkan mereka (org2 miskin) pada hari ini (hari raya)", mengukuhkan pandangan ini. Org miskin bukan sahaja memerlukan makanan, bahkan mereka juga memerlukan pakaian dan seumpamanya.
Menyerahkan wang sebagai nilai zakat fitrah mencukupkan keperluan mereka sepertimana makanan asasi mencukupkan keperluan makanan mereka. Bahkan realitinya org miskin pd hari ini lebih memerlukan wang berbanding beras. Maka realiti ini menunjukkan memberi zakat alFitr berbentuk wang adalah lebih utama.
Keadaan akan menjadi sebaliknya jika org miskin memiliki beras yg amat banyak, sudah tentu mereka terpaksa menjualnya utk mendapatkan wang. Hal ini sudah tentu akan mendatangkan kesusahan kpd mereka.
Namun jika mereka memiliki wang, mereka berupaya membeli keperluan mereka termasuk beras dan keperluan2 lain spt pakaian dan seumpamanya.