SDI 0991: Buat Haji Pakai Seluar Dalam Bawah Kain Ihram

Soalan:

Waktu tawaf boleh pakai seluar dalam tak ustaz? Ada org kata boleh, sebab hadis tak melarangnya. Riwayat dr sahabat juga ada yg sebut boleh.

Jawapan:

TAK BOLEH. Inilah pandangan majoriti ulama dan inilah pandangan yg kuat. Seluar dalam yg disebut sbg alTubban التبان tak boleh dipakai kerana diqiyaskan dgn larangan memakai seluar bg lelaki ketika dlm berihram sama ada ihram haji atau umrah. Kata alMuzani:

"Fuqaha dr zaman Rasul SAW sehingga ke hari ini berterusan menggunakan qiyas2 di dlm fiqh pd seluruh jukum-hakam agama. Mereka juga telah bersepakat bahawa suatu yg seumpama dgn kebenaran adalah kebenaran, yg seumpama dgn kebatilah adalah kebatilan وأجمعوا بأن نظير الحق حق ، ونظير الباطل باطل. Tidak boleh bagi seseorg mengingkari qiyas krn ia (qiyas) merupakan meletakkan perkara2 yg serupa dan seumpama bersama.... antaranya Nabi telah melarang seorg yg berihram dr memakai qamis (pakaian berlengan dan berlubang leher), seluar, serban dan dua khuf. Baginda tidak khususkan perkara2 itu shj, bahkan larangan itu menjangkau jubah luar, baju luar, songkok atau kopiah, stokin, alTubban (seluar dalam) dan seumpamanya." (I'lam alMuwaqqi'ien 1/205-207)

Tak dinafikan ada riwayat dr 'Aisyah RA yg menyuruh budak2 beliau memakai tubban ketika berihram. Namun riwayat ini difahami disebabkan ada keperluan dan mereka membayar fidyah. Demikian juga riwayat drpd 'Ammar bin Yasir yg memakai tubban ketika melaksanakan haji juga difahami ada keperluan. Iji krn terdapat riwayat di dlm Akhbar alMadinah yg menunjukkan beliau sakit ketika itu.

Oleh yg demikian sesiapa yg memakai seluar dalam dgn sengaja dan tahu, maka dia berdosa dan wajib bayar fidyah. Sesiapa yg memakainya kerana ada keperluan, maka TIDAK MENGAPA. Namun hendaklah membayar fidyah juga dgn memilih salah satu dr 3 pilihan yg ada:

1. Beri makan 6 org miskin, setiap seorg setengah gantang.
2. Puasa 3 hari.
3. Sembelih kambing. (alBaqarah 196 dan hadis drpd Abdullah bin Ma'qil dlm alBukhari dan Muslim. Liqa-aat alBab alMaftuh 177/soalan: 16)


Cetak  
Wallahu a'lam