Soalan:
salam ustaz. nak tanya sikit ada tak perbezaan tentang zakat duit simpanan sewaktu masih berkerja dgn duit simpanan selepas bersara yg mana duit itu utk perbelanjaan saraan hidup after bersara.
Jawapan:
Zakat simpanan sama ada ketika bekerja atau selepas bekerja adalah sama. Zakat dikeluarkan sebanyak 2.5%. Zakat simpanan adalah zakat emas dan perak. Jika melebihi nisab = 85g emas. Wajib keluar zakat sbnyak 2.5 % jika cukup haul = 1 tahun qamariah.
Soalan:
salam ustaz ..maksud saya adalah sekiranya seseorg tu dah pencen dan tiada pendapatan lagi cuma hanya ada duit simpanan epf shj utk menyara kehidupannya selepas itu .....Soalan saya adakah duit simpanan dia itu bila cukup haul perlu dikeluarkan zakat jugak spt dia masih bekerja
Jawapan:
Duit simpanan kena zakat emas dan perak. Selama mana simpanan cukup nisab dan haul. Kena bayar zakat dan ianya amat sedikit hanya 2.5% setahun.