Soalan:
Seseorang meninggal dunia, meninggalkan seorang bapa dan adik-beradik lelaki dan perempuan. Bagaimana pembahagian faraid mereka?
Jawapan:
Jika benar demikian sahaja ahli waris yang tinggal, tiada ahli waris lain seperti ibu, isteri dan anak-anak, maka semua hartanya diwarisi oleh bapa simati secara ta’sib. Adik beradiknya sama ada lelaki mahupun perempuan, seibu-sebapa, sebapa atau seibu, semuanya terhalang dari mendapat apa-apa dari hartanya disebabkan keberadaan bapa. Perkara ini termasuk dalam perkara yang disepakati oleh para fuqaha.