SDI 0932: Hukum Pakej Berbekam Ambil Bayaran Penuh Sebelum Perkhidmatan

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz...saya ada satu kemuskilan.... Saya berniagaan jenis perkhidmatan berbekam...saya buat package contohnya saya krna kan bayaran Rm300 utk 3 kali berbekam...bayaran mesti d jelaskan kesemuanya Rm300 tu apabila selesai berbekam yg pertama...APA kah hukum saya abl dahulu kesemua Byran sedangkan 2 Kali berbekam tu saya blm buat tp d beri tarikh utk datang semula berbekam hingga selasai kesrmuana...tksh

Jawapan:

Harus mengambil bayaran terlebih dahulu sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Asalkan ia dipersetujui bersama antara peniaga dan pelanggannya. Persetujuan itu yg dipegang. Nabi SAW bersabda:

المسلمون عند شروطهم

Maksudnya: "Org Islam itu bersama dgn persetujuan janji mereka."

Situasi tuan, sama dgn perniagaan2 lain antaranya sama spt syarikat penerbangan yg mengambil bayaran penuh terlebih dahulu sblm perkhidmatan.


Cetak  
Wallahu a'lam