SDI 0826: Hukum Driver Forklift Terima Duit Tips dari Driver Lori

 
Soalan: 
Assalamualaikum.sy pemandu forklift.setiap hari sy mndpt 'duit tips' dr driver lori sdgkn sy sdh pun di byr gaji oleh majikan.
Soalan:1- hukum duit itu,adakah syubhah?
2-adakah sy blh gunakn duit itu?
3-di mana sy blh salurkn duit itu?
Terima kasih.
 
Jawapan:
Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Atas sebab apa duit itu diberi kepada anda?
 
Penyoal:
Setengahnya kata memang nak bagi kerana dah bantu kerja mereka. driver cakap duit tips itu memang diberi oleh majikan mereka kepada mereka untuk forklift driver (ada yang claim balik). setengahnya pula bagi tanpa kata apa-apa. Ada rakan berpendpt driver bg krn inginkn sy kerja lbh laju dan bersemangat.ada jg yg ckp spy driver dpt push sy dlm berkerja.utk pngetahuan tuan amalan mmberi duit tips ini mnjd amalan yg biasa pd driver2 lori.
sy sgt risau dan bimbang krn dlm keadaan ekonomi gawat ini duit yg sy peroleh setiap hari bknlah sedikit dan sblm ini tlh pun sy gunakn utk peribadi.
 
Jawapan Bin Sahak:
Berdasarkan maklumat saudara ini, saya tak nampak ada apa-apa tegahan dari menerima duit tips tersebut. Selagi saudara mematuhi peraturan dan etika kerja saudara.

Cetak  
Wallahu a'lam