SDI 1243: Salah Faham Terhadap Hibah?

Fiqh Muamalat Jumlah paparan: 1299

Soalan: Zawil Arham tu sapa ustaz?

Jawapan Bin Sahak:

Yg tak termasuk dlm ahli furudh dan tak dapat bahagian asabah. Ada 11 golongan semuanya. Contoh: Anak dr anak perempuan, anak dr anak perempuan dr anak lelaki. Anak dr adik beradik perempuan dan seumpamanya.

Soalan: Siapa pula ahli waris dari golongan lelaki fan perempuan?

Jawapan Bin Sahak:

Ahli waris bagi lelaki ada 10 golongan, perempuan ada 7. Panjang cerita😀.

Jika semua ahli waris tiada, sama ada ahli waris secara fardh atau asabah, Zawil arham tak dapat bahagian harta peninggalan di sisi mazhab Maliki dan Syafie. Berbeza dgn mazhab Hanafi dan Hanbali.

Soalan: Apa pandangan ustaz Qadir tentang Hibah? Apakah hibah boleh menyelesaikan masalah?

Jawapan:

Wasiatpun boleh. Tapi tak boleh lebih 1/3. Hibah ada risiko tersendiri.

Soalan: Apakah dalil yg membolehkan hibah.. ana tanya consultant hibah, depa kata senang bila mati dah tau harta sapa dpt..Ana kata itu dah melebihi wasiat. Mungkin juga budak tu baru kerja..minta ustaz ulas sikit.

Jawapan Bin Sahak:

dalil boleh hibah antaranya adalah keumuman anjuran buat berbuat baik kepada ahli keluarga, anak yatim org miskin dan lain2.

Antara risiko hibah ialah, kita jangka kita yang mati dulu, tapi tak mustahil org yang kita hibahkan itu yang mati dulu... lalu harta itu bukan milik kita lagi... sebaliknya menjadi hak waris simati. klu kita seorang ayah... yang meninggal dulu tu anak kita, dia pulak melahirkan cucu kita, maka kita hanya dapat tak lebih dari 1/6 shj dari harta yg asalnya kita punya.

Soalan: ttg hibah tadi. Kalau kita mati dulu apakah harta itu akan jadi milik si anak yg kita hibahkan?

Jawapan Bin Sahak:

Ya sudah tentu, bahkan hibah terlaksana, maksud saya terlaksana perpindahan pemilikan harta hibah sebaik sahaja berlaku akad hibah. Bukan tunggu kita meninggal baru sianak dapat bahagian hibah itu. Itu wasiat. Kerana itu termasuk di dalam syarat hibah ialah pihak yg dihibahkan memiliki harta yang dihibahkan kpdnya selepas akad termeterai.

Soalan: Maknanya hibah ini kita bagi harta pada anak semasa kita masih hidup .

Jawapan Bin Sahak:

Ya. Hibah juga tiada batas. Cuma agama perintahkan supaya berlaku adil dlm pemberian sesama anak, melainkan ada alasan syar'ie jika melebihkan sebahagian anak berbanding anak lain.

Soalan: Hibah yg di buat skrg ialah kita letak penama saja, harta menjadi milik penama selepas kita mati..

Jawapan Bin Sahak:

Yang ini saya tak pasti. Jika benar seperti yg dinyatakan beemakna berlaku salah faham. Masyarakat kene lebih cakna isu2 spt ini.

Soalan: Itu yg byk terjadi Dan itu yg consultant terangkan. Syarat yg tertera harta Hanya akan jadi hak milik penuh anak apabila Mak atau ayah meninggal. Dgn anggapan terselamat dari dihalau oleh anak apabila harta terus ditukar kpd nama anak. Betul Dan dibolehkan ke meletakkan syarat hibah begini?

Jawapan Bin Sahak:

TAK BETUL DAN TAK BOLEH. Antara syarat hibah spt yg saya sebut sblm ini, perpindahan milik berlaku ketika termeterainya akad. Jika perpindahan pemilikan berlaku slps meninggal dunia, itu bukan hibah sebaliknya wasiat. Wasiat pula di sisi sbhgian ulama tidak boleh dibeeikan kpd ahli waris. Anak sama ada lelaki atau perempuan termasuk dlm senarai ahli waris.

Soalan: Faham dah.. Hibah yg sheikh Qadir sebut ialah hadiah ayah kpd anak atau sesiapa saja. Dan bertukar hak milik serta merta selepas selesai akad. Hakikat nya ini bukan lah hibah yg kita dok nampak banner besar sykt consultant dok iklan tu..

Jawapan Bin Sahak:

Hibah seperti itu tak terlaksana. Maksud saya Akad hibah tu tak terlaksana. Jika si anak ambil bahagian hibah spt itu, maka dia ambik suatu yg bukan milik dia.

Penyoal: terima kasih ustaz.

Cetak
Wallahu a'lam