SDI 1245: Insuran Hibah

Fiqh Muamalat Jumlah paparan: 1234

السلام عليكم

Apa kabar ust. Sihat ka. Ust maaf ganggu, ana nak tnya pasai hibah yang ust tulis tu. Ana macam nak join tapi msih ragu ragu. Jadi pendapat ust better ambik atau elakkan.

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah. Sihat alhamdulillah, Semoga nta sihat juga. Boleh join, tapi sampaikan maklumat yang betul kepada pelanggan.

Penyoal:
Bukan ana nk juai ust. Tapi sebagai pelanggan. Ana nk beli hibah untk ana. Kalau ana mati zaujah ana dapat.

Bin Sahak:
Kalau yang jenis harta tak ada lagi, macam insuran yang bersifat ta'awuni (tolong-menolong) sesama ahli, bila kita meninggal baru duit tu dapat, yang ni tak termasuk dalam jawapan SDI 1243 ana tu. Cuma pastikan insuran yang nak diambil ada panel syari'ah mereka yang dipertanggugjawabkan soal halal dan haram dalam insuran.

Penyoal:
Mcm ni yang depa dok tawar ust. Sebulan bayar dalam 100. Bila mati waris penama dapat sejuta, Walaupn kita baru bayar 2 atau 3 bulan.

Bin Sahak:
Yang ni bukan hibah yang ana maksudkan dalam jawapan SDI 1243 tersebut yang merujuk kepada hibah kita. Adapun hibah yang insuran itu, bukan hibah kita, tetapi hibah dari semua peserta yang telah sepakat untuk tolong-menolong bantu-membantu sesama peserta. Syarikat insuran berperanan sebagai orang tengah.

Penyoal:
Ya sebab tu ana tnya. Sebab ana tk faham yang ni. Dan mcm pelik. Ooooo.

Cetak
Wallahu a'lam