SDI 0763: Wujudkan al-Muhallil Dalam Pertandingan Yang Disediakan Hadiah

 
 
Soalan: 
 
Assalamualaikum ustaz. Maaf ganggu... Saya nasrul bukit ketri..soalan..kami nak buat pertandingan futsal,sebagai contoh yang bertanding seramai 10 team, dan daripda setiap team di kutip sebanyak 70rm..dan pada masa sama di lantik pihak pengurusan utk mengurus hal tersebut, jadi daripada lebihan 70rm itu iaitu selepas tempahan court, beli air, makanan bayar pengadil, urusetia dan sebagainya, jadi lebihan daripada wang tersebut bolehkah pihak pengurusan itu guna wang lebihan untuk hadiah kepada para peserta... Terima kasih ustaz...
 
Jawapan:
 
Tak boleh.
Melainkan jika diwujudkan satu kumpulan yang menyertai pertandingan tanpa sebarang bayaran dan mereka memiliki hak yang sama untuk bertanding dan menang. Di bawah ini saya buatkan panduan ringkas. Pertandingan yang menjanjikan hadiah menjadi harus jika:
 
1. Hadiah berupa sumbangan dari pihak ketiga yang tidak bertanding.
2. Hadiah dari salah satu pihak yang bertanding. Seperti seseorang berkata kepada pesaingnya: "jika kamu menang, aku bagi RM1000. Jika kamu kalah tak mengapa." 
3. Hadiah dari kutipan peserta pertandingan namun dalam kalangan mereka ada sekumpulan yang dikecualikan dari bayaran untuk hadiah. Namun mereka berhak menerima hadiah jika menang dan tidak akan menanggung sebarang kerugian jika kalah. Kumpulan ini dinamakan dalam fiqh sebagai al-Muhallil المحلل. Para fuqahaa mensyaratkan alMuhallil mesti memiliki peluang yang sama untuk menang sama seperti peserta lainnya.
 
Soalan:
 
bolehkah dikatekan muhallil ni sbgai helah'...mcm jalan blakang..kumpul 99 team, byar rm1k satu team..jadi tkumpul rm99k..9k cover kos ptandingan..baki rm90k bg kt team juara shaja..
jadi, untk blagak bijak, lantik satu team muhallil yg kaki bangku..kununya bg ckup 100 team.. kalu kump ni menang, tetap dpt hadiapg 99k tu..
jadi, halalla kan? ade muhallil kan????
 
Jawapan: 
 
Saya telah sebut dalam jawapan, ulama mensyaratkan muhallil mesti memiliki peluang yang sama untuk menang. Termasuk dalam ertikata ini ialah muhallil memiliki kemampuan yang sama dengan pesaing lain. Jika pesaing lain berasa aman dan selesa, juga tidak rasa tercabar dengan keberadaan muhallil, maka muhallil seperti itu tak dianggap sebagai muhallil.
 
Soalan: 
 
Aslmkm. Apakah prinsip yg digunapakai untuk tidak membolehkannya? Bagaimana jika semua team sudah maklum dan bersetuju dgn formula yg telah dinyakan oleh penanya tersebut?
 
Jawapan: 
 
Agama mengharamkan perbuatan mengambil harta orang lain dengan cara yang batil. Antara cara batil tersebut adalah dengan mewujudkan pertaruhan, yang menang mendapat untung, manakala yang kalah menanggung kerugian. Inilah perjudian. Bentuk pertaruhan ini ada dalam soalan kerana sebahagian bayaran yang ditetapkan dijadikan hadiah untuk yang menang. Untuk mengeluarkan gambaran tersebut, diwujudkan alMuhallil.
 
Soalan: 
 
Jika pertandingan memancing cthnya...ada 1000 org perserta berbyr...memadaikah muhallil seorg shj ?
 
Jawapan:
 
Yang AFDHAL bilangan muhallil bertambah dengan bertambahnya penyertaan peserta berbayar. Namun ia bukan wajib. Jika hanya seorang muhallil, manakala peserta berbayar seramai 100 orang atau lebih. Hal ini telah memadai.
 
 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam