SDI 1276: Hukum Panjangkan Tempoh Waranti

Soalan: 

Salam ustaz Kadir ...apa hukum extend/memanjangkan tempoh waranti. Cth .. kita beli alat elektronik/elektrik ... Waranti cuma setahun, tapi ada offer unt kita extend waranti jadi 2 thn atau lebih.

Jawapan: 

Waranti ketika akad jual beli barang DIHARUSKAN oleh sebahagian ulama kerana ia mengikut akad jual-beli barang tersebut. Adapun membeli waranti bersendirian ia TIDAK DIBOLEHKAN

Antara alasan yang boleh diberikan ialah sepertimana harus kenaikan harga barang, kerana taqsith (bayar tangguh), maka harus juga kenaikan harga barang kerana waranti dalam akad yang sama. Demikian juga sepertimana tidak boleh ada bayaran lebihan ke atas sesuatu barangan kerana tangguhan yang berasingan. Maka demikian juga tak boleh ada bayaran lebihan ke atas sesuatu barangan kerana waranti yang berasingan atau bersendirian.

Bayaran lebihan yang berasingan dari akad asal kerana berlaku penangguhan termasuk dalam riba nasi-ah, maka demikianlah bayaran lebihan kerana waranti berasingan dari akad asal memiliki gharar, mengambil harta orang ramai atas suatu kebarangkalian.


Cetak  
Wallahu a'lam