SDI 0426: Had Keuntungan Dalam Perniagaan

Fiqh Muamalat Jumlah paparan: 126

Soalan: 

Salam ustaz, soalan tentang bab muamalat. Berapakah peratus kadar keuntungan sesuatu produk yang boleh saya ambil menurut syarak? Contoh kos produk saya berharga RM100, jadi berapa harga maksimum yang boleh saya jual menurut syarak?

Jawapan: 

Tiada had keuntungan tertentu dalam perniagaan yang ditetapkan oleh syarak. 

Namun peniaga hendaklah memiliki sifat belas kepada pembeli dan tidak mengambil kesempatan di atas keperluan dan kejahilan pembeli. Demikian juga penjual hendaklah menjauhi berkata bohong. Hendaklah dia menyukai untuk saudaranya apa-apa yang disukainya untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya pada semua hal ini terdapat kebaikan dan keberkatan dari Allah SWT. 

Cetak
Wallahu a'lam