SDI 1413: Hukum Menjual Pakaian Pendek Perempuan Kepada Orang Kafir

Fiqh Muamalat Jumlah paparan: 761

Soalan: 

> Hafiz:
Assalamu'alaikum..
🔴apa hukum menjual pakaian pendek perempuan kepada orang kafir?

Jawapan: 

> Bin Sahak Sahak:
🎤 Voice message

Bergantung kepada siapa kita nak jual barang itu. Jika hendak menjualnya kepada orang kafir yang akan menggunakan pakaian tersebut untuk pendedahan aurat yang boleh mendatangkan mudharat dan keburukan dalam masyarakat, maka berdasarkan pandangan majoriti ulama usul, perkara itu adalah ditegah. Hal ini disebabkan majoriti ulama usul berpandangan orang bukan Islam juga ditujukan perintah dan tegahan Allah SWT. Maknanya orang kafir, di akhirat kelak bukan sahaja diazab kerana kekafiran, bahkan mereka juga diazab kerana tidak mematuhi perintah dan tegahan ALlah yang lain seperti mendedahkan aurat, berzina, memakan makanan yang haram dan lainnya. 

Oleh itu, umat Islam tidak boleh menjual apa-apa yang akan digunakan untuk menderhakai perintah ALlah SWT, sama ada oleh seorang muslim mahupun seorang kafir.  

Adapun jika menjual pakaian pendek kepada seorang wanita non muslim dan kita tahu pakaian itu hendak dipakainya di dalam rumah bersama dengan ahli keluarganya, maka perkara ini dibenarkan, sama seperti mana harus menjual pakaian sedemikian kepada wanita muslimah yang tidak akan menggunakannya untuk melanggar perintah Allah SWT.

Cetak
Wallahu a'lam