Soalan:
Di kampung saya ada sepasang suami isteri yg dah bercerai. Ttpi masih duduk bersama. Macamana cerita tu ustaz?
Jawapan:
Mana tahu mereka bercerai?
Penyoal: perempuan tu tinggal dgn mak dia. Mak dia yg bercerita.
Bin Sahak: Mungkin mereka telah rujuk semula.
Penyoal: macamana tu?
Bin Sahak: Suami isteri yang bercerai talak pertama atau kedua, masih boleh merujuk semula selagi di dalam tempoh iddah. Seorang isteri yang dicerai talak satu atau dua, selama masih di dalam iddah masih dikira isteri kepada suaminya. Jika berlaku rujuk dalam tempoh ini seperti suami berkata kepada isterinya: "kita berbaik semula" atau seumpamanya yang membawa maksud rujuk, maka mereka dikira telah rujuk dan mereka adalah sepasang suami isteri yang sah.