Soalan:
Salam ustaz.
Ada satu kes dimana, ada duda A dan mempunyai anak lelaki, janda B mempunya anak perempuan. Kemudian duda A berkahwin dgn janda B. Setelah berkahwin, mereka menjodohkan anak lelaki dan perempuan mereka hasil dari perkahwinan terdahulu. Apakah perkahwinan anak mereka ini sah?
Jawapan:
Anak duda A dan anak janda B, tidak ada hubungan mahram. Justeru sah perkahwinan antara mereka.