Iddah Wanita Bercerai Hidup

Fiqh Munakahat Jumlah paparan: 160

 

Soalan pertama:

Saya ingin bertanya tentang lama iddah seseorang yang bercerai hidup.

Jawapan:

Iddah bagi seorang wanita yang bercerai hidup iaitulah berdasarkan ayat al-Quran Allah SWT berfirman:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ

"Wanita yang bercerai hidup itu hendaklah beridah selama tiga kali quru’.”

Para ulama berbeza pandangan tentang tiga quru’. Mazhab Syafie dan Mazhab Maliki mengatakan tiga quru’ adalah tiga kali suci. Jadi wanita yang bercerai hidup, tempoh idahnya ialah selama tiga kali suci.

Soalan yang kedua: 

Bagaimana tiga kali suci dikira jika seseorang wanita menopause atau haid datang tidak menentu contohnya tiga bulan sekali.

Jawapan:

Bagi seorang yang ya-isah dalam bahasanya Arab, iaitulah wanita yang telah menopause, idah dia adalah tiga bulan, berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Talaq, di mana Allah SWT berfirman:

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ

"Dan para wanita yang telah menopause, idahnya adalah selama tiga bulan."

Soalan: “atau haid datang tak menentu, contoh haid datang tiga bulan sekali.?”

Jawapan:

Jika dia seorang wanita yang berhaid, jika haid dia datang tiga bulan sekali, maka dia kena tunggu tiga kali suci, sekalipun lama.

Cetak
Wallahu a'lam