Iddah Wanita Dicerai Hamil

Fiqh Munakahat Jumlah paparan: 124

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Soalan yang bertanya berkenaan seorang isteri yang telah dicerai talak tiga oleh suaminya ketika masih mengandung. Apa hukum kita berkahwin dengan bekas isterinya ketika mengandung itu? Apakah dibolehkan?

Jawapan:

Tidak boleh, kerana wanita yang mengandung yang diceraikan oleh suami, iddahnya kena tunggu sehingga melahirkan anak, berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Talaq ayat 4, ketika Allah SWT berfirman:

وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ

 "Dan wanita-wanita yang hamil, tempoh iddah mereka iaitulah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung tersebut.”

Oleh kerana itu, tidak boleh mengahwini seorang perempuan yang telah ditalak tiga ataupun talak dua ataupun talak satu yang mengandung sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak yang dikandungnya.

Cetak
Wallahu a'lam