SDI 1519: Hukum Manusia Berkahwin Dengan Jin

Fiqh Munakahat Jumlah paparan: 996

Soalan:

Dan keenam, adakah boleh manusia kahwin dengan jin??dan realitinya pernah berlaku ke manusia kahwin dengan jin?dan jikalau boleh kahwin dengan jin, adakah boleh seseorang tu berharap agar jin tu berubah menjadi perempuan yang cantik?

Jawapan:

 

Wallahu a’lam. Isu manusia berkahwin dengan jin ini menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Sebahagian ulama berpandangan haram manusia berkahwin dengan jin, kerana dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya lebih kurang:  “Termasuk dalam tanda-tanda kebesaran Allah, iaitulah Allah menciptakan untuk kamu semua (kita orang lelaki) dari kalangan kamu sendiri pasangan…” (al-Rum: 21)

Jadi dari ayat ini sebahagian para ulama berpandangan, yang dihalalkan dalam bab perkahwinan hanya manusia sesama manusia berdasarkan ayat al-Quran: مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا  iaitulah: “dari kalangan kamu sendiri, iaitulah dari jenis kamu sendiri.” Jadi tidak boleh manusia berkahwin dengan jin. Inilah pandangan sebahagian ulama.

Manakala sebahagian ulama lain ada yang berpandangan boleh. Akan tetapi yang kata boleh itu mereka sendiri tidak boleh buktikan apakah benar manusia berkahwin dengan jin? yang ada hanyalah dakwaan. Jadi wallahu a’lam, saya secara peribadi berpegang dengan pandangan ulama yang mengatakan tidak boleh manusia berkahwin dengan jin. Kenapa? kerana asal dalam bab الأبضاع adalah التحريم. Kaedah menyebut: الأصل في الأبضاع التحريم “Hukum asal berkaitan dengan hubungan jenis itu adalah haram.”   

Oleh itu apabila tidak ada bukti yang menunjukkan boleh perkahwinan antara manusia dengan jin, maka ia kembali kepada hukum asal iaitulah haram. Kerana ia berkait dengan hubungan jenis atau hubungan yang membabitkan kemaluan. Jadi asal hukum yang berkaita hubungan kemaluan ini adalah haram. Boleh berkahwin sesama lelaki dan perempuan ini adalah keizinan dari syarak. Adapun perkahwinan antara manusia dan jin tidak ada bukti daripada syarak, maka dia jadii haram.

Demikian juga kita tidak pasti, kalau kita kata boleh berkahwin antara manusia dengan jin, bagaimana hendak dipastikan, bagaimana seorang manusia hendak pastikan yang datang kepada dia itu adalah pasangannya dari kalangan jin? Bagaimana jika yang datang itu adalah bukan pasangannya? sebaliknya jin yang jahat atau penzina dari kalangan jin? Jadi perkara ini terdedah kepada keburukan dan kerosakan. Kerana itu saya berpegang dengan pandangan ulama yang mengatakan haram perkahwinan antara manusia dan jin.

Cetak
Wallahu a'lam