SDI 1803: Ceraikan Isteri Ketika Waktu Suci Yang Telah Disetubuhi

Fiqh Munakahat Jumlah paparan: 23

Soalan:

Seorang suami menceraikan isterinya, ketika isteri suci yang telah disetubuhi. Apakah suci itu termasuk dalam perkiraan iddah?

Jawapan:

Jika seorang suami menceraikan isterinya ketika siisteri suci yang telah disetubuhi, sisuami melakukan dosa, kerana dia telah melafazkan talaq bid'ie.

Namun talak yang dilafazkannya itu berlaku dan suci tersebut termasuk dalam perkiraan iddah tiga kali suci. Iddah isteri tamat, apabila isteri masuk ke waktu haid ketiga selepas lafaz cerai dilakukan.

Kata al-Imam al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj 7/129:

(فَإِنْ طَلُقَتْ طَاهِرًا) وَقَدْ بَقِيَ مِنْ الطُّهْرِ لَحْظَةٌ (انْقَضَتْ بِالطَّعْنِ فِي حَيْضَةٍ ثَالِثَةٍ) لِإِطْلَاقِ الْقُرْءِ عَلَى أَقَلِّ لَحْظَةِ مِنْ الطُّهْرِ وَإِنْ وَطِئَ فِيهِ

"(Maka jika seorang isteri ditalak dalam keadaan suci) dan masih berbaki dari suci itu walau seketika, (selesai ‘iddahnya dengan masuk ke dalam haid yang ketiga), kerana lafaz al-qur’ itu mencakupi walau seketika daripada suci, sekalipun suaminya telah menyetubuhinya dalam tempoh suci itu."

 

Cetak
Wallahu a'lam