Antara perkara penting untuk diwasiatkan

Kata ulama: “Dan tiada pula diberati menyuruh tiap-tiap hari akan kira bicara yang ringan-ringan dan tiada orang ambil bicara.” (Kitab Bahr al-Mazi)

Jadi tak perlulah setiap perkara, setiap hari, nak kena tulis dalam surat wasiat.  Benda-benda kecil tak payah tulislah. Yang kita maksudkan wasiat ini adalah yang diperintahkan supaya kita mengambil langkah berhati-hati ini, perkara yang besar, perkara yang penting. Termasuk antara perkara yang penting terutamanya dalam masyarakat hari ini, iaitulah kita berwasiat supaya jenazah kita diuruskan mengikut sunnah. Demikian juga kalau kita yakin ataupun pada banyak sangkaan, kita merasakan kalau apa-apa jadi pada kita, keluarga kita akan melakukan kesalahan, kita kena tulis wasiat. Kalau apa-apa jadi kepada aku, aku tak suka buat-sekian-sekian, contohnya. Aku tak mahu jenazah aku dipindahkan (untuk dikebumikan) melainkan di tempat di mana aku meninggal dunia, contohnya lah. Katakan dia nak pergi buat umrah atau seumpamanya. Kalau apa-apa berlaku kepada aku dalam perjalanan ini, aku mahu jenazah aku dikebumikan di Mekah atau di Madinah, tak dibawa balik ke tanah air. Itu antara wasiat yang penting. Demikian juga antara wasiat yang penting iaitulah wasiat untuk memastikan diri mereka (ahli keluarga) kekal di dalam Islam.


Cetak  
Wallahu a'lam