SDI 0510: Antara Berbuka Di Masjid Atau Di Rumah?

Soalan:
Salam ustaz. Macam mana cara berbuka puasa mengikut Sunnah Rasulullah? Mana yang lebih afdhal..berbuka bersama keluarga atau di surau/masjid?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Setakat maklumat yang saya ada, tidak terdapat penetapan tertentu dari sunnah dalam persoalan ini. Oleh itu ia kembali kpd penilaian seseorg antara tuntutan2 yang berbagai.

Jika diperhatikan, berbuka puasa di masjid bersama jamaah memiliki kebaikan dalam bab menghimpunkan org islam, melunakkan hati sesama mereka, saling kenal-mengenal antara satu dengan yang lain, menghidupkan semangat rasa kebersamaan dan seumpamanya.

Manakala berbuka puasa bersama keluarga pula memiliki kebaikan dalam bab menghimpunkan ahli keluarga, dapat memberi perhatian akan keadaan mereka, membina hubungan yang lebih kuat sesama ahli keluarga, memberi bimbingan kpd anak2 dan adab2 yang berkaitan, menambahkan rasa ikatan antara suami isteri, anak2 dan seumpamanya.

Oleh itu pertimbangan yang terbaik perlu dilakukan.

Alangkah baik jika diadakan bbrapa hari untuk berbuka puasa bersama keluarga di rumah. Bbrapa hari lagi untuk berbuka d masjid.

Di samping itu perlu diberi perhatian bahawa kewajipan memberi perhatian kpd keluarga, mengajarkan adab2 agama kpd anak2 adalah LEBIH UTAMA berbanding hanya bertujuan ingin bertemu kawan2 dan taulan di masjid, kerana hal ini terlaksana dengan melakukan tarawih di msjid.

WA

Soalan:

Jzk..ustaz.. saya dgr ada yang kata nabi buka dengan rotab or tamar then solat maghrib baru makan..tak pasti sumber.

Jawapan:

Ya ada hadis ttg hal itu. Tapi bukan bermaksud ia semestinya berlaku di masjid bersama jemaah. Sblknya ia blh shj berlaku di rumah nabi kerana rumah baginda amat dekat dan berjiran dengan msj.


Cetak  
Wallahu a'lam