SDI 1335: Siapa Lebih Berhak Menjaga Seorang Anak?

Fiqh Usrah Jumlah paparan: 466

Soalan:

1.Pada pandangan Islam, siapakah yang lebih berhak menjaga seorang kanak-kanak, ibu bapanya sendiri atau datuknya?

2.Adakah seseorang datuk itu dibenarkan oleh syarak mengambil cucunya (untuk dipelihara dan dibuat teman) tanpa meminta izin dari ibu bapa kanak-kanak tersebut?

3.Saya sebagai bapa, bagaimana untuk saya keluar dari perasaan tak puashati dan tak redha dengan situasi ini?

 

Jawapan: 

  1. Yang paling berhak menjaga seorang kanak-kanak ialah Ibunya. Ini kerana pada kebiasaannya seorang ibu lebih lembut dan lebih bersifat kasih sayang kepada anaknya, lebih baik dalam memberi pendidikan kepada mereka, lebih sabar menghadapi karenah dan dalam memenuhi keperluan mereka. Maka ibu-bapa adalah yang lebih berhak menjaga kanak-kanak berbanding orang lain. Al-Imam Ibn Qudamah berkata:

“Inilah pandangan Yahya al-Ansori, al-Zuhri, al-Thauri, Malik, al-Syafie, Abu Thur, Ishak dan Ashab al-Ra’yi. Tidak kami ketahui ada yang berbeza dengan mereka dalam masalah ini.”  (al-Mughniy: 9/299-300)

  1. Tidak wajar berlaku sedemikian. Bahkan setiap orang hendaklah diserahkan haknya kepadanya.
  1. Selesaikan permasalahan seperti ini dengan perbincangan yang harmoni, tanpa memutuskan hubungan Silaturrahim.
Cetak
Wallahu a'lam