Jika Anak Angkat Perempuan Susukan Dengan Adik-Beradik Suami

Fiqh Usrah Jumlah paparan: 107

Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Tuan haji Nazri berkaitan dengan soalan mengambil anak angkat dari baby dan diberikan kepada adik beliau.

Jawapan:

Perkara ini kena jelas, anak angkat itu baby lelaki atau baby perempuan. Kalau baby perempuan, maka timbul masalah bila dia besar, hubungan dia dengan ayah angkat atau suami ibu angkat dia. Kerana itu kalau nak bagi anak susuan menjadi mahram kepada ayah angkat dia, iaitulah dengan cara dia diberi menyusu dengan adik-beradik sebelah suami bukan adik-beradik sebelah isteri. Kerana kalau dia menyusu dengan adik-beradik sebelah suami, dia akan menjadi anak saudara susuan dengan suami. Kalau dia menyusu dengan adik-beradi sebelah ibu angkat, baby itu hanya menjadi anak saudara susuan kepada isteri atau ibu angkat dia. Baby itu tidak menjadi anak saudara susuan kepada suami, jadi bukan mahram. Perkara ini perlu diberi perhatian.

Saya ulang lagi sekali, kalau anak angkat itu adalah baby perempuan, maka berikan dia menyusu dari adik-beradik sebelah suami bukan sebelah isteri. Manakala jika baby itu adalah lelaki, maka akan timbul masalah mahramiyyah dengan ibu angkat dia. Untuk selesaikan masalah ini, baby itu perlu disusukan oleh adik-beradik sebelah isteri, bukan sebelah suami, supaya sabit hubungan mahram disebabkan penyusuan antara anak angkat ini dengan ibu angkatnya.

Cetak
Wallahu a'lam