Hukum Baca Mesej HP Pasangan

Fiqh Usrah Jumlah paparan: 3969

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Soalan dari Iman yang bertanya hukum isteri membaca mesej HP suami tanpa izin suami.

Jawapan:

Dalam persoalan ini, pertama sekali, sikap mencari-cari atau menyelidik atau periksa HP pasangan, bukan sekadar isteri tak dibenarkan memeriksa telepon suami, bahkan suami juga tidak dibenarkan memeriksa telepon isteri. Hukumnya sama, tak boleh dan tak dibenarkan mencari-cari keaiban seseorang. Terutamanya antara suami dan isteri. Perkara ini tidak boleh. Jika ia berlaku, maka ia menunjukkan wujud “buruk sangka” dari seseorang kepada pasangan dia sendiri. Sedangkan Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

"Wahai orang-orang yang beriman jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ada dosaI, maka jangan kamu semua mengintip (kerana mencari kesilapan dan keaiban pasangan)". Kalau dengan orang lain pun tak boleh, apatah lagi antara suami dan isteri. Jadi perkara itu ditegah sama sekali.

Akan tetapi, katakan, seorang suami tengak mesej isterinya dalam bentuk bukan tajassus, bukan mencari-cari kesalahan, mungkin ada perkara yang dia perlu. Demikian juga seorang isteri yang membuka HP suami dengan keizinan suami dalam bentuk bukan tajassus atau bukan mencari-cari kesalahan, maka perkara itu tiada masalah.

Yang kedua, jika sebenarnya berlaku sesuatu kemungkaran di salah satu pihak sama ada suami atau isteri, maka tajassus dengan kadarnya dibenarkan. Apa tujuan? Iaitulah tajassus dalam bentuk bertujuan menghalang berlakunya kemungkaran yang lebih besar. Tetapi mesti ada bukti yang jelas. Jika tiada bukti, tetapi saja nak selidiki pasangan masing-masing, maka perbuatan itu tidak dibenarkan di dalam syarak dan ia termasuk di dalam dosa, melainkan setelah mendapat keizinan pasangan terlebih dahulu.  

Cetak
Wallahu a'lam