Ilmu Bermanfaat Termasuk Ilmu Dunia Dan Akhirat

Fiqh Usrah Jumlah paparan: 968

Nabi kata “apabila matinya seorang insan, maka terputuslah amalannya, melainkan tiga perkara, pertama sedekah jariah, kedua ilmu yang dapat diambil manfaat dengannya…”  

Ilmu yang dapat diambil manfaat ini bukan sekadar ilmu agama, bahkan ilmu duniapun yang dapat diambil manfaat, dia dapat pahala berterusan. Cikgu yang mengajar matematik di sekolah, dengar dia ajar anak-anak didik dia, mereka boleh hidup dengan ilmu itu, cikgu tersebut dapat pahala apabila dia mati. Memberi kehidupan, memberi panduan kehidupan kepada para pelajar, walaupun dia ajar matematik, dia ajar sejarah dan apa-apa subjek yang bermanfaat, dia termasuk dalam hadis ini.

Kerana itu ikhlaskan niat, jaga iman, kerana syaratnya mestilah cikgu itu beriman. Kalau cikgu itu tidak beriman, dia tidak dapat manfaat ilmu yang diajarkannya di akhirat kelak. Adapun anak murid, tidak disyaratkan iman, seorang cikgu yang mengajar anak murid muslim dengan ilmu yang bermandaat, cikgu itu dapat pahala. Seorang guru mengajar anak murid yang kafir atau non muslim, bukan orang Islam, barangkali Cina, barangkali Budha, barangkali anak murid beragama Hindu, Budha, cikgu tu dapat pahala tak tuan-tuan? Cikgu tu dapat pahala!

Seorang pelajar Budha yang membesar dengan ilmu bermanfaat yang diajarkan oleh seorang guru muslim, guru muslim itu dapat pahala hatta di dalam kuburnya. Seorang guru yang mengajar seorang pelajar beragama Hindu, sehingga pelajar itu membesar dan ilmu yang dipelajarinya berguna untuk kehidupan dunianya, maka guru muslim yang mengajar itu dapat pahala di dalam kuburnya. Dengan syarat guru itu beriman.

al-Hafidz Ibn Hajar RA berkata, apabila seseorang anak itu mengerjakan amal yang baik, ditulis bagi bapa dan ibunya juga seumpama amalan itu, dan begitu juga amalan-amalan yang jahat.

Sebab itu saya kata tadi, kita sekarang sedang berbicara berkaitan dengan faraj atau kemaluan yang Allah Taala kurniakan, iaitulah untuk kita gunakan supaya kita mendapat manfaat di akhirat. Salah satu manfaat yang boleh kita perolehi dari faraj di akhirat kelak, iaitulah kita berusaha untuk memperolehi anak. Di mana anak yang beriman, bila solat, maka emak dan ayahnya dapat pahala. Demikian juga anak yang melakukan amalan jahat, emak dan ayah juga mendapat dosa, jika emak dan ayah, tidak berusaha mendidik anak untuk menjauhi perbuatan maksiat, maka mereka juga mendapat dosa. Tapi kalau emak dan ayah itu telah bersungguh-sungguh berusaha telah  mendidik supaya anak mereka menjadi orang yang soleh, tetapi sianak itu sendiri memilih jalan kejahatan, maka emak dan ayah tiada kaitan. Kerana لا تزر وازرة وزر أخرى “seseorang tidak akan memikul dosa orang lain”, sebaliknya setiap orang memikul dosa yang dilakukannya sendiri. Tapi mungkin seseorang turut mendapat dosa atas pengabaian yang dilakukan terhadap orang yang di bawah kuasanya, itu mungkin. Seorang anak yang membesar tanpa dididik dengan cara yang betul, setelah anak itu baligh, sianak melakukan kesalahan seperti tidak solat sebagai contoh, sianak menanggung dosa tidak solat. Namun emak dan ayah yang tidak pernah mendidik anak untuk solat, tetap mendapat dosa kerana tidak mendidik anak untuk menunaikan solat, maka mereka tetap mendapat dosa atas pengabaian ini. Demikian juga seorang ayah yang mendidik anaknya supaya menunaikan solat, anak itu membesar seorang seorang yang dididik untuk menunaikan solat, maka emak dan ayahnya mendapat pahala seperti orang yang menunaikan solat. Nabi SAW bersabda: من دل على خير كفاعله “siapa yang tunjuk melakukan suatu perkara yang baik, maka dia dapat pahala seperti pelaku kebaikan itu.” Jadi emak dan ayah yang mendidik anak supaya menunaikan solat, sianak dapat pahala dari solat yang ditunaikannya, emak dan ayah juga dapat pahala seperti anak yang menunaikan solat tersebut.

Cetak
Wallahu a'lam