SDI 1499: Adakah Hadis Yang Menyatakan Syurga Isteri Di Bawah Kaki Suami?

Fiqh Usrah Jumlah paparan: 2898

Wa’alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.

Soalan yang bertanya adakah hadis sahih yang menyatakan syurga seprang isteri itu terletak di tapak kaki suami?

Jawapan:

Wallahu taala a’lam.

Ada satu ungkapan yang dikatakan hadis nabi, tetapi sebenarnya ia bukanlah sebuah hadis dari nabi SAW, iaitulah:الجنة تحت أقدام الزوج   lafaz ini bukan hadis, ia bukan hadis yang sahih dari Nabi SAW.

Kedua; satu perkara yang kita tidak boleh nafikan iaitulah kedudukan suami pada isteri begitu mulia di dalam Islam. Perkara ini dapat kita lihat dari hadis Nabi SAW. Antaranya kisah seorang sahabat yang bernama Mu’az ibn Jabal yang suatu ketika beliau pulang dari Syam. Kemudian bila dia berjumpa dengan Nabi SAW, Mu’az ni dia,سجد للنبي صلى الله عليه وسلم  dia sujud kepada Nabi SAW. Bila dia melakukan perkara seperti itu, Nabi SAW terkejut dan baginda bertanya: ما هذا يا معاذ apa semua yang kamu lakukan ini wahai Mu’az? Lalu Mu’az ibn Jabal RA berkata:

أتيتُ الشَّامَ فوافقتُهُم يسجُدونَ لأساقفتِهِم وبطارقتِهِم فوَدِدْتُ في نَفسي أن نفعلَ ذلِكَ بِكَ

Yang bermaksud lebih kurang: “Aku pergi ke Syam wahai Rasulullah, lalu aku dapati orang-orang Syam, mereka sujud kepada pemimpin-pemimpin dan orang-orang besar agama mereka. Lalu aku bercita-cita untuk melakukan perkara yang sama kepada engkau. Kerana itu aku sujud kepada engkau wahai Rasullah.”

Ini perkataan Muaz ibn Jabal. Kemudian bila Muaz sebut begitu, kata Nabi SAW:

لَو كنتُ آمرًا أحدًا أن يسجدَ لأحدٍ لأمرتُ النِّساءَ أن يسجُدنَ لأزواجِهِنَّ لما جعلَ اللَّهُ لَهُم علَيهنَّ منَ الحقِّ

Maksudnya: “Jangan kamu semua melakukan perkara yang sama – yakni jangan sujud kepada Nabi SAW, apatah lagi kepada orang lain. Kemudian kata Nabi SAW – Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, maka sudah tentu aku akan memerintahkan para wanita untuk sujud kepada para suami mereka. Disebabkan Allah telah memberikan hak yang besar kepada suami terhadap isteri mereka.”

Hadis ini menunjukkan suami memiliki kedudukan yang besar terhadap isteri di dalam Islam. Hadis ini telah dinilai sahih oleh al-Hakim dan nilaian sahih oleh al-Hakim itu telah dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi, demikian juga dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud. Jadi hadis ini sebuah hadis yang sahih.

Kenapa saya sebut hadis ini?  Saya nak gambarkan, kita tak nafikan hadis syurga di bawah tapak kaki suami” tidak sahih. Tetapi bukan bermakna suami tidak memeliki hak yang besar dalam keluarga. Akan tetapi suami memiliki hak yang besar. Kerana apa agama memberi hak yang besar kepada suami? Iaitulah kerana setelah agama memikulkan tanggungjawab untuk memastikan nafkah keluarga dan lainnya. Maka setelah diberikan tanggungjawab yang besar, maka agama berikan pula sedikit kelebihan kepada suami.

 

Cetak
Wallahu a'lam