SDI 1640: Isteri Yang Melakukan Zina Apakah Tertalak Dengan Suaminya?

Soalan:

Jika seorang isteri berzina dengan lelaki lain, apakah hubungan perkahwinan dengan suaminya tertalak?

Jawapan:

Seorang wanita yang telah bersuami namun melakukan perbuatan zina dengan lelaki lain sesungguhnya dia telah melakukan pengkhianatan dan dosa besar yang terkeji. Namun perbuatan hina itu tidak menjadikan hubungan perkahwinan dengan suaminya tertalak. Al-Imam Ibn Qudamah berkata:

وَإِنْ زَنَتْ امْرَأَةُ رَجُلٍ، أَوْ زَنَى زَوْجُهَا، لَمْ يَنْفَسِخْ النِّكَاحُ سَوَاءٌ كَانَ قَبْلَ الدُّخُولِ أَوْ بَعْدَهُ، فِي قَوْلِ عَامَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ.

Maksudnya: “Jika seseorang isteri berzina, atau seseorang suami berzina, tidak terpisah perkahwinan mereka sama ada perzinaan itu berlaku sebelum pasangan suami-isteri itu bersama atau selepas mereka bersama, berdasarkan pandangan kebanyakan ulama.” (al-Mughniy 7/109)


Cetak  
Wallahu a'lam