SDI 0220,: Suami Halang Dengar Kuliah Sunnah

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz,
Sekiranya seorang isteri ingin belajar dan pergi ke kuliah2 agama untuk mendalami sunah2 Rasulullah. Tapi dia tidak diizin oleh suami yang mengatakan itu adalah fahaman wahabi. Adakah si isteri perlu taat untuk tidak belajar? Dan bolehkah isteri itu di katakan nyusuz?

Jawapan:

Berusaha berdakwah kpd suami dgn perkataan2 yg baik dan lembut. Insyaallah hati seorg suami pasti akan lembut dan cair dgn pujukan dan kelembutan seorg isteri. Terus berdoa kpd Allah spy memberi hidayah kpdnya. Murnikan hati, puan hendakkan hidayah utknya sptmana puan suka dan hendakkan hidayah utk diri puan sendiri.

Selain itu, Puan juga blh mendapatkan kuliah sklipun tanpa pergi ke mjlis kuliah iaitulah dgn mendengar rakamannya dr internet. Inilah yg lebih baik dan mulia pd nisbah seorg isteri.


Cetak  
Wallahu a'lam