Hari Arafah Adalah Hari Ke-9 Zulhijjah

Glosari Jumlah paparan: 458

Kesemua ulama ketika memberi takrifan kepada "hari Arafah" mereka menyebut: "Iaitulah hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah." Para ulama hanya berbeza tentang sebab penamaan hari kesembilan ini sebagai hari 'Arafah.

Kata alImam Ibn Qudamah RH di dalam kitabnya alMughniy (4/442):

"Dan adapun hari Arafah, ia adalah hari yang ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Dinamakan demikian itu kerana wukuf (jemaah haji) di Arafah pada hari tersebut. Dikatakan juga ia dinamakan dengan hari Arafah kerana Nabi Ibrahim AS diperlihatkan di dalam mimpi akan perintah menyembelih anak baginda (nabi Ismail) pada malam alTarwiah (7 Zulhijjah, malam 8 Zulhijjah). Maka pada pagi harinya (8 Zulhijjah) Nabi Ibrahim berfikir bagi mendapatkan kepastian (orang Arab menyebut تروى في الأمر ia bermaksud seseorang itu memerhati dan memikirkan perkara tersebut) apakah mimpi tersebut dari Allah atau sekadar mimpi biasa? Maka dinamakan hari tersebut (8 Zuljijjah) sebagai hari alTarwiah = hari memerhati dan berfikir. Pada malam berikutnya (8 Zulhijjah, malam 9 Zulhijjah) baginda sekali lagi diperlihatkan di dalam mimpi akan perintah menyembelih anak baginda. Maka pada pagi harinya baginda dalam keadaan pasti bahawa mimpi tersebut daripada Allah. Lalu dinamakan hari tersebut sebagai hari Arafah. Ia merupakan hari yang mulia lagi agung dan kelebihannya amat besar."

Cetak