al-Masyhur المشهور di sisi al-Nawawi

  • Penggunaan al-Masyhur oleh al-Nawawi mengisyaratkan kepada empat perkara:
  • Persoalan yang dinyatakan ada khilaf.
  • Pandangan al-Masyhur adalah yang rajih berbading yang sebaliknya.
  • Pandangan yang bertentangan dengan pandangan al-Masyhur adalah pandangan Gharabah atau ganjil, iaitulah pandangan tersebut tersembunyi خفيا dan tidak masyhur. Ia satu pandangan yang lemah ضعيف.
  • Perbezaan atau khilaf yang berlaku adalah Qauliy iaitu dari dua atau lebih dari pandangan al-Imam al-Syafi’ie. Ia bukan al-Awjuh yang merujuk kepada pandangan para Ashab.

Terdapat sebanyak 23 penggunaan ibarah al-Masyhur di dalam al-Minhaj.


Cetak