Makna al-Ba-ah الْبَاءَةَ

Glosari Jumlah paparan: 1361

Kalimah al-Ba’ah (الْبَاءَةَ) pada asalya bermaksud al-Jima’ (persetubuhan) diambil dari perkataan الْمَبَاءَةِ yang bermaksud (الْمَنْزِلُ) iaitulah rumah. Orang Arab menyebut مَبَاءَةُ الْإِبِلِ bermaksud tempat tinggal unta. Lama-kelamaan ia digunakan bagi maksud ‘Akad Nikah, kerana seseorang lelaki yang mengahwini seorang wanita, dia sepatutnya menyediakan rumah untuk isterinya. Para ulama berbeza pandangan apakah yang dimaksudkan oleh baginda SAW dengan al-Ba’ah di dalam hadis:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Maksudnya: “Wahai sekelian pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang berkemampuan al-Ba’ah, maka hendaklah dia berkahwin, kerana berkahwin itu lebih dapat menundukkan penglihatan dan lebih dapat memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu baginya dapat bertindak sebagai perisai.” 

Terdapat dua pandangan, yang kembali kepada makna  yang satu:

Cetak