al-Tathwib التثويب

Glosari Jumlah paparan: 1473

al-Tathwib التثويب pada azan Subuh iaitulah apabila muazzin (tukang azan) melaungkan seruan الصلاة خير من النوم "solat itu adalah lebih baik daripada tidur" selepas melaungkan حي على الفلاح.

Ia dinamakan sebagai alTathwib kerana ia merupakan pengulangan seruan yang sama (seruan menunaikan solat) iaitulah seruan حي على الصلاة "marilah menunaikan solat".

Setiap sesuatu yang kembali dilakukan, maka disebut di dalam bahasa 'Arab ثَابَ إليه. (Lihat alZahir fi Gharib Alfadz alSyafi'ie oleh alHarawi halaman 54)

Cetak