Pengertian al-Khilaf الخلاف Dan al-Ikhtilaf الاختلاف

Glosari Jumlah paparan: 985

Pada bahasa, al-Khilaf الخلاف adalah kata terbitan dari:

خالف – يخالف – مخالفة -وخلافا . وتخالف الأمران واختلفا، لم يتفقا، وكل ما لم يتساوَ فقد تخالف واختلف

Allah SWT berfirman: مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ (al-An’am: 141) iaitulah makanan ahli syurga yang berbeza rasanya.

Oleh itu al-Khilaf الخلاف dan al-Ikhtilaf الاختلاف pada bahasa bermaksud ضد الاتفاق yang lebih umum berbanding الضد sahaja. Kata al-Raghib al-Asfahani:

الخلاف: أعم من الضد؛ لأن كل ضدين مختلفان، وليس كل مختلفين ضدين[1]

Contoh:

Pada istilah ialah الاختلاف dan المخالفة, iaitulah setiap satu mengambil jalan yang berbeza dengan jalan yang satu lagi pada keadaan dan perkataan. Allah SWT berfirman:

 

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ ۝ إِلَّا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ

Maksudnya: “Dan jika tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali sesiapa yang dirahmati oleh tuhanmu. Dan untuk itulah Allahmenciptakan mereka…” (Hud: 118-119)

Kata Ibn ‘Ajibah Rh:

“Dan jika tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu” iaitulah menjadikan manusia semuanya berada di atas iman atau kekufuran. Akan tetapi ia termasuk di dalam hikmah yang dikehendaki oleh Allah akan kewujudkan perbezaan, bagi membuktikan nama-nama dan sifat-sifat-Nya di alam syahadah. Maka nama Allah al-Rahim menuntut adanya orang-orang yang berhak menerima kasih-sayang Allah, iaitulah orang-orang yang beriman. Manakala nama Allah al-Muntaqim[1]  dan al-Qahhar menuntut adanya orang-orang yang berhak menerima hukuman dan penghinaan iaitulah orang-orang kafir dan ahli maksiat. Kata al-Baidhawi: “padanya terdapat bukti yang jelas bahawa al-Amr bukanlah al-Iradah. Bahawa Allah Taala tidak menghendaki iman untuk setiap orang. Dan apa yang Dia kehendaki, pasti akan berlaku.”

Firman Allah SWT: “..Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka…” jika gantinama هم (mereka) merujuk kepada manusia, maka al-Isyarah (ذلك) merujuk kepada perbezaan (الاختلاف), manakala huruf Lam pada لذلك adalah lam li al-‘Aqibah iaitulah “untuk menjadikan mereka itu (manusia semuanya) berbeza dan berselisih, Allah menciptakan mereka.”  Namun jika ganti nama هم merujuk kepada مَن (sesiapa), maka al-Isyarah merujuk kepada al-Rahmah iaitulah: “melainkan sesiapa yang dirahmati oleh tuhannya, dan kerana rahmat-Nya Dia menciptakan mereka semua (manusia).”[2]

------------

[1] Dengan tidak dinafikan al-Muntaqim termasuk dalam perkara yang diperselisihkan di kalangan ulama apakah ia nama Allah atau tidak.

[2] Al-Bahr al-Madid 3/84  oleh Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ajibah W1224H.

 

Seperti yang dinyatakan di atas, ulama tafsir berbeza pandangan dalam menafsirkan maksud الاختلاف yang disifatkan di dalam ayat ini dalam bentuk “sentiasa berbeza”. Sebahagian ulama tafsir menyatakan ia merujuk kepada الاختلاف في الأديان, menjadikan maksud ayat ini ialah manusia akan sentiasa berbeza dalam beragama. Ada Yahudi, Kristian, Majusi dan selainnya, melainkan mereka yang dirahmati oleh Allah iaitulah orang-orang yang beriman.[4] Oleh itu المسائل الخلافية Persoalan-persoalan al-Khilafiyyah di dalam hukum-hakam syara’ ialah:

المسائل الفقهية التي لم يتفق عليها من يعتد بخلافه من العلماء[5]

Boleh juga dikatakan bahawa al-Khilaf dan al-Ikhtilaf memaksudkan kepada Mutlaq perbezaan dari sudut perkataan, pandangan, keadaan dan pendirian.

Sebahagian ulama pula ada yang membezakan antara al-Khilaf dengan al-Ikhtilaf pada istilah kepada empat bentuk[6] yang secara kesimpulannya menatijahkan maksud jika perbezaan yang berlaku dalam perkara yang dibenarkan maka itulah ikhtilaf. Manakala jika perbezaan yang berlaku bukan dalam perkara yang dibenarkan, maka dinamakan khilaf.  

Namun perbezaan ini tidak bersandarkan kepada bukti lughawi dan istilah fiqhi, kerana khilaf dan ikhtilaf pada bahasa memaksudkan berbeza dengan kesepakatan ضد الاتفاق, maka khilaf dan ikhtilaf pada bahasa atau lughah membawa satu makna. Kata al-Munawi[7]: الاختلاف افتعال من الخلف، وهو ما يقع من افتراق بعد اجتماع في أمر من الأمور.[8]

Demikian juga pada istilah fiqhi seperti yang digunakan oleh para fuqaha, keumuman mereka tidak membezakan antara al-Khilaf dengan al-Ikhtilaf dalam penggunaan. Ini kerana maksud kedua-duanya secara umum adalah sama. Hanyasanya para fuqaha apabila menggunakan perkataan خالف ia merujuk kepada perbezaan dari sekumpulan atau satu individu dalam kalangan fuqaha yang berijtihad berbeza dengan ijtihad fuqaha yang lain. Manakala jika merujuk kepada dua kumpulan yang berbeza pandangan atau merujuk kepada keumuman pandangan yang berbeza dalam kalangan fuqaha ia dinamakan ikhtilaf. Penggunaan ini selari al-Quran di mana firman Allah SWT: وَمَا أُرِيدُ أَنْ أُخَالِفَكُمْ إِلَى مَا أَنْهَاكُمْ عَنْهُ إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ .[9] ayat ini bermaksud perkataan Nabi Syu’aib kepada kaumnya: “Aku tidak bermaksud menyalahi kamu terhadap apa yang aku larang darinya…” ketikamana ayat ini berkaitan dengan perbezaan dari satu pihak dengan pihak-pihak lain, maka digunakan أخالف. Akan tetapi apabila perbezaan itu merujuk kepada perbezaan keseluruhan pihak yang berbeza, digunakan اختلف seperti firman Allah SWT: فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِنْ بَيْنِهِمْ [10]. Sekalipun demikian, kedua-dua kalimah ini pada umumnya membawa maksud yang sama, iaitulah wujudnya perbezaan dan bersalahan dengan kesepakatan.[11] 

---------------------- 

[1] Mufradat Alfaz al-Quran 2/294. Cetakan kedua 1412M/1992M, Dar al-Qalam, Dimasyq

[2] Lihat Adab al-Ikhtilaf fi Masa-il al-‘Ilm wa al-Din, oleh Muhammad ‘Awwamah, Dar al-Baysa-ir, cetakan kedua 1418H/1998M, halm: 8

[3] Hud: 118

[4] Lihat Tafsir al-Tabari

[5] Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, hal: 198

[6] Al-Kulliyyat oleh Abu al-Baqa’, Ayyub bin Musa al-Kafawiy. Cetakan Muassasah al-Risalah 1419H/1998M, hlm: 61, Beirut Lebanon. 

[7] Beliau ialah Muhammad ‘Abd al-Rauf bin Taj al-‘Arifin Ibn ‘Ali bin Zain al-‘Abidin al-Haddadi al-Munawi. Lahir pada tahun 952H dan meninggal pada tahun 1031H di Mesir.

[8] Faidh al-Qadir. Maktabah al-Tijariah al-Kubra, Mesir. Cetakan pertama 1356H 1/209

[9] Hud: 88

[10] Maryam: 37

[11] Lihat Nadhariyyah al-Taq’ied al-Fiqhiy wa Atharuha fi Ikhtilaf al-Fuqaha 1/179-180

Cetak