Makna Muqarib al-hadis مقارب الحديث

Glosari Jumlah paparan: 905

Kata al-‘Iraqi:

"Perkataan mereka (ulama hadis): مقارب الحديث, diletakkan baris di dalam al-Usul al-Sahihah dengan dikasrahkan huruf Ra. Dikatakan: Ibn Sidah (ابن سيده) menghikayatkan padanya (baris huruf Ra) dengan baris fathah dan kasrah, dengan baris kasrah adalah dari kumpulan lafaz ta’dil manakala baris fathah dari kumpulan lafaz tajrih. Seterusnya beliau berkata: “Bukan demikian itu yang benar, bahkan sama ada diberi baris fathah atau kasrah huruf Ra, kedua-duanya sedia dimaklumi. Dihikayatkan hal itu oleh Ibn al’Arabi di dalam Syarah al-Tirmizi ('Aridhah al-Ahwazhi). Kedua-duanya dalam semua keadaan (sama ada dibaris fathah ataupun kasrah untuk huruf Ra) termasuk dalam kumpulan lafaz ta’dil. Antara yang menyebut seperti ini ialah al-Zahabi, beliau berkata: “Seperti seorang yang berkata demikian itu, memahami dari diberi baris fathah huruf Ra: أن الشيء المقارَب iaitulah sesuatu yang keji. Ini dari perkataan orang ramai (awam), bukan suatu yang dikenali di dalam lughah, sebaliknya ia boleh dalam kedua-dua bentuk, seperti sabda Nabi SAW: سدِّدُوا وقَارِبُوا “Jadikanlah tepat dan menghampiri tepat”. Bagi yang memberi baris kasrah huruf Ra mengatakan maksudnya: “hadisnya (periwayat yang dikatakan muqarib al-Hadis) menghampiri kepada hadis selainnya.” Bagi yang memberi baris fathah huruf Ra mengatakan maksudnya: “bahawa hadisnya (periwayat yang dikatakan muqarab al-Hadis) saling menghampirinya hadis selain darinya.”

Kata al-Sakhawi: “ia (periwayat Muqarib al-Hadis) berdasarkan yang muktamad dengan dibaris kasrah atau di baris fathah (huruf Ra), adalah pertengahan, tidak sampai ke darjat al-Suqut (gugur penghujahan dengannya), tidak juga al-Jalalah (kedudukan tinggi penghujahan dengannya), ia dalam kumpulan lafaz pujian.” (Lihat Syarh Alfiyyah al-Suyuthi fi al-Hadis 1/364)

Cetak