Takrif Hadis Palsu

Glosari Jumlah paparan: 537

Kalimah الموضوع adalah Isim Maf’ul dari وَضَعَ. Di dalam Lisan al-‘Arab dinyatakan: الوضع ialah berlawanan dengan الرفع. وضعه، يضعُه وضعا وموضوعا. (Lisan al-‘Arab pada kalimah وضع  6/117. Tahkik ‘Abd al-Salam Harun, Dar al-Fikr 1399H/1979M.

Ia memiliki beberapa maksud, antaranya: الإسقاط، الترك، الافتراء والإلصاق. (al-Qamus al-Muhith, kalimah وضع)

Kalimah al-Maudhu’ Di sisi Ulama Hadis

al-Imam Ibn al-Solah memberi takrifan kepada hadis al-Maudhu’ sebagai المختلق، المصنوع. (Lihat al-Muqaddimah 1/98. Tahkik Nur al-Din ‘Itr, Dar al-Fikr, Suria 1406H/1986M) iaitulah seseorang periwayat berdusta meriwayatkan hadis nabawi dimana dia meriwayat dari baginda sesuatu yang tidak diucapkan oleh baginda.

Al-Hafidz ‘Abdul Rahim bin al-Husain al-‘Iraqi pula memberi takrifan sebagai:

هو الكذب المختلق المصنوع المنسوب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم زورا وبهتانا وهو شر الأحاديث الضعيفة

Maksudnya: “Iaitulah pendustaan yang direka dibuat dan dinisbahkan kepada Rasulullah SAW secara dusta dan palsu. Ia merupakan seburuk-buruk hadis Dhoief.” (al-Taqyid wa al-Idhoh Fi Mustalah al-Hadis. 725 – 806H. Tahkik ‘Abd al-Rahman ‘Uthman, al-Maktabah al-Salafiyyah Fi al-Madinah al-Munawwarah. Cetakan pertama 1404H/1979M. jld: 4/299)

Cetak