Korban disebut al-Udhiyyah الأُضْحِيَّة dalam bahasa 'Arab. Kalimah al-Udhiyyah diambil dari al-Dhahwah الضَحوَة. Dimanakan sedemikian itu bagi merujuk waktu terawal boleh melakukannya, iaitulah waktu Dhuha. Selain itu ia juga boleh disebut dengan lapan sebutan iaitulah:
الأُضْحِيَّة
الإِضْحِيَّة
الأُضْحِيَة
الإِضْحِيَة
Kalimah pluralnya ialah أَضَاحٍ.
Disebut juga sebagai Dhahiyyah ضَحِيَّة atau ضِحِيَّة kalimah pluralnya ضَحَايَا. Boleh juga disebut إِضْحَاةٌ atau أُضْحَاةٌ, pluralnya أَضْحًى.(Lihat Mughniy al-Muhtaj oleh al-Khatib al-Syarbini)
Korban atau al-Udhiyyah الأُضْحِيَّة pada Istilah ialah apa-apa yang disembelih terdiri dari haiwan ternak (بهيمة الأنعام\النَعَم) pada hari-hari al-Adha, sehingga hari tasyriq terakhir kerana mendekatkan diri kepada Allah. (Lihat Mughniy al-Muhtaj oleh al-Khatib al-Syarbini)