Maksud Sembelihan

Glosari Jumlah paparan: 757

Sembelihan di dalam bahasa ‘Arab disebut sebagai الذَكَاةُ. Dari sudut bahasa ia bermaksud “kesempurnaan sesuatu.” Kerana itu orang yang cerdik dinamakan dalam bahasa ‘Arab sebagai الذُكَاء bagi menunjukkan kesempurnaan akal dan cepat menerima pengajaran.[1]

Dari sudut syara’ pula ia bermaksud: “Zabh atau Nahr haiwan darat yang dimakan dengan memotong halkum dan Mari’nya, atau dengan ‘Aqr jika tidak terhalang (tidak dapat dilaksanakan al-Zabh atau al-Nahr).[2]

Di dalam al-Musu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah ketika memberi pengertian kepada kalimah التذكية menyatakan: “Ia adalah sebab yang menjadikan halal memakan haiwan darat, ketika dalam keadaan memiliki pilihan.”[3]

--------------------- 

[1] Lihat al-Misbah al-Munir Fi Gharib al-Syarh al-Kabir oleh Ahmad bin Muhammad al-Fayumi 1/209.

[2] Lihat al-Raudh al-Murbi’ 1/339

[3] Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 21/173.

Cetak