Lafaz Dengan Maksud alMusyakalah المشاكلة

Glosari Jumlah paparan: 835

Lafaz Dengan Maksud alMusyakalah المشاكلة

Pada bahasa bermaksud: alSyaklu الشكل iaitulah serupa dan seumpama الشبه والمثل. Kalimah pluralnya ialah أشكال dan شكول.

alMusyakalah المشاكلة pula ialah alMudhahah المضاهاة dan alMumathalah المماثلة iaitulah saling menyamai dan saling menyerupai.

alMusyakalah yang dinaksudkan (mustalah) ulama balaghah ialah:

ذكر الشيء بلفظ غيره لوقوعه في صحبته تحقيقا أو تقديرا

Maksudnya: "sebutan sesuatu dengan lafaz selainnya kerana keberadaannya seiring dengannya secara realiti atau taqdir." (alIdhah 1/327)

Ulama hadis pula memaksudkan:

ذكر المعنى بلفظ غيره أو بلفظ مضاد أو مناسب له لوقوعه في صحبته تحقيقا أو تقديرا

Maksudnya: "sebutan makna dengan (menggunakan) lafaz selainnya atau lafaz bertentangan atau sesuai dengannya kerana keberadaan lafaz tersebut seiring dengannya secara realiti atau andaian." (alBalaghah al'Arabiyyah fi alBayan wa alBadi' 79)

Sabda Nabi SAW:

عَلَيْكُمْ مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَوَاللَّهِ لَا يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا) وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

Maksudnya: "beramallah menurut kemampuanmu, kerana demi Allah, Dia SWT tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Dan yang palung disukai olehNya ialah apa-apa yang berterusan diamalkan oleh pelakunya." (alBukhari & Muslim)

Hadis ini bermaksud Allah tidak akan memutuskan kelebihan dan ganjaran kepada seseorang sehinggalah orang itu sendiri yg jemu dan berhenti meminta daripadaNya.

alMalal الملل atau jemu ialah: "berasa atau beranggapan berat dari sesuatu dan menjauhkan diri darinya setelah sebelum itu menyukainya." Sifat ini mustahil bagi Allah SWT, namun ia disebut di dalam hadis pada bab alMusyakalah.

WA

Cetak