Berbekam

Glosari Jumlah paparan: 561

Berbekam dalam bahasa 'Arab ialah alHijamah الحجامة, berasal dari perkataan الحجم alHajm yang bermaksud alMash المص iaitulah menghisap.

Orang 'Arab berkata:

حجم الصبي ثدي أمه إذا مصه

Maksudnya: "bayi itu "hajam" buah dada ibunya apabila bayi itu menghisapnya (menghisap susu dari dada ibunya)." (Lihat Lisan al'Arab)

Berbekam pada perkataan ulama fiqh disyaratkan di sisi sebahagian mereka memaksudkan kepada perbuatan mengeluarkan darah dari tengkuk melalui hisapan (menggunakan alat menghisap) setelah melukakan (bahagian yang hendak dikeluarkan darah) dengan alHajm bukan dengan alFashd الفصد (mengeluarkan darah dari urat). (Lihat alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah 17/14)

Cetak