Niat

Glosari Jumlah paparan: 912

Niat dengan Syaddah ‘Ya’ نيّة berdasarkan lughah yang masyhur. Boleh juga dengan tanpa Syaddah ‘Ya’ نِيَة membawa maksud: Maksud sesuatu dan keazaman jantung atas sesuatu perkara : قصد الشيء وعزم القلب على أمر من الأمور. (Lihat Mu’jam Maqayis al-Lughah, Tartib Mukhtar al-Sihah, Lisan al-Arab, al-Qamus al-Muhith dan al-Misbah al-Munir pada kalimah نوى. Ramai dari kalangan ulama yang memberi takrifan niat dari sudut istilah sama dengan takrifan dari sudut lughah (Lihat al-Niyyah Wa Atharuha Fi al-Ahkam al-Syar’iyyah 1/96)


Sebahagian ulama pula menambah takrifan dari sudut istilah yang sama dengan takrifan dari sudut lughah ini dengan: “Maksud ketaatan kepada Allah”. Antara mereka seperti al-Baidhawi dimana beliau berkata: “Dan syara’ mengkhususkannya dengan kehendak yang terarah kepada melakukan perbuatan kerana mengharapkan redha Allah dan mematuhi hukumNya. (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuthi 30)

Cetak