SDI 0543: Perbezaan Antara al'Afwu (kemaafan) & alMaghfirah (keampunan)

Glosari Jumlah paparan: 1631
Soalan: 
 
Ustaz, apa beza maaf dan ampun dosa.. Contohnya dlm doa antara dua sujud.
 
Jawapan:
 
Para ulama berbeza pandangan tentang perbezaan maksud al'-Afwu (العفو) dan al-Maghfirah (المغفرة). 
 
PERTAMA: al'Afwu العَفْو yang diterjemahkan sebagai kemaafan adalah lebih tinggi berbanding alMaghfirah المغفرة. Di mana al'Afwu bermaksud pemadaman manakala alMaghfirah bermaksud penutupan
 
Kata Imam alGhazali RH:
 
الْعَفوّ : هُوَ الَّذِي يمحو السَّيِّئَات ، ويتجاوز عَن الْمعاصِي ، وَهُوَ قريب من الغفور ، وَلكنه أبلغ مِنْهُ، فَإِن الغفران يُنبئ عَن السّتْر، وَالْعَفو يُنبئ عَن المحو، والمحو أبلغ من السّتْر" .
 
Maksudnya: "al'Afwu ialah yang maha memadamkan kesalahan-kesalahan dan memaafkan maksiat-maksiat. Ia hampir dengan alGhafur (yang maha pengampun), akan tetapi ia (al'Afwu) adalah lebih tinggi. Ini kerana alGhufran (keampunan) keluar dari maksud penutupan, manakala al'Afwu keluar dari makna pemadaman. Oleh itu pemadaman adalah lebih tinggi dari penutupan." (alMaqsad alAsna 140) 
 
Kata alSyeikh Muhammad Munir alDimasyqiy:
 
العفو في حق الله تعالى : عبارة عن إزالة آثار الذنوب بالكلية ، فيمحوها من ديوان الكرام الكاتبين ، ولا يطالبه بها يوم القيامة ، وينسيها من قلوبهم ، لئلا يخجلوا عند تذكيرها، ويثبت مكان كل سيئة حسنة ، والعفو أبلغ من المغفرة ؛ لأن الغفران يشعر بالستر، والعفو يشعر بالمحو، والمحو أبلغ من الستر "
 
Maksudnya: "al'Afwu pada hak Allah adalah ibarat tentang menghapuskan bekas-bekas dosa keseluruhannya. Maka dipadamkan dosa-dosa tersebut dari kitab catitan alKiram alKatibin (malaikat pencatiti). Maka tidak dituntut lagi kesalahan itu pada hari kiamat, akan dilupakan kesalahan-kesalahan itu dari jantung hati mereka pada hari kiamat. Agar mereka tidak lagi riuh bila mengingatinya, dan akan digantikan pada setiap tempat kesalahan dengan kebaikan. Maka al'Afwu adalah lebih tinggi dari alMaghfirah. Kerana alGhufran menunjukkan penutupan, manakala al'Afwu menunjukkan pemadaman. Maka pemadaman adalah lebih tinggi dari penutupan." (alNafahaat alSalafiyyah 87)
 
KEDUA: alMaghfirah adalah lebih tinggi berbanding al'Afwu. ini kerana alMaghfirah adalah penutupan, menggugurkan hukuman dan memperolehi pahala. Manakala al'Afwu pula ialah tidak semestinya memperolehi penutupan dan pahala. 
 
Kata Ibn Juzaiy RH (ابن جزي): "al-'Afwu adalah tidak dikenakan hukuman dengan sebab dosa. manakala alMaghfirah merangkumi penutupan (kesalahan). alRahmah pula menghimpunkan semua itu beserta dikurniakan anugerah nikmat." (al-Tashil 1/143) 
 
Kata alKafawi: "alGhufran adalah menggugurkan hukuman dan memperolehi pahala. Tidak layak menerimanya melainkan seorang mukmin. Ia tidak digunakan melainkan kepada alBari (Allah) Ta'ala. Manakala al'Afwu pula adalah menggugurkan celaan dan hinaan. Tidak semestinya memperolehi pahala..." (al-Kuliyyat 666) 
 
Kata al'Askari di dalam alFuruq 413-414: "Perbezaan antara al'Afwu dan alGhufran ialah alGhufran adalah menggugurkan hukuman. ia pula mendatangkan pahala. Tidak layak menerimanya melainkan seorang beriman yang berhak memperolehi pahala. Kerana itu ia tidak digunakan melainkan untuk ALlah. lalu dikatakan: "Semoga Allah mengampunkan (غفر) kamu. Tidak boleh dikatakan: "Zaid mengampunkan (غفر) kamu. melainkan jarang sekali..." Manakala al'Afwu adalah menggugurkan celaan dan hinaan. tidak semestinya memperolehi pahala. Kerana itu ia digunakan untuk hamba juga. Maka dikatakan: "Zaid memaafkan (عفا) 'Amr. Jika Zaid telah memafkan 'Amr tidak semestinya ke atas Zaid untuk memberi pahala kepada 'Amr. Melainkan al-'Afwu dan alGhufran saling hampir maksud kedua-duanya, lalu digunakan pada sifat-sifat Allah dalam satu bentuk. Maka dikatakan: عفا الله عنه وغفر له dengan maksud yang sama."
 
Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH: "al'Afwu merangkumi menggugurkan hak-Nya dari mereka, manakala alMaghfirah merangkumi pemeliharaan mereka dari keburukan dosa-dosa mereka, menerima dan meredhai mereka. Ia berbeza dengan al'Afwu semata-mata. Ini kerana al'Afi (العافي) kadangkala memaafkan, namun tidak menerima dan tidak redha terhadap orang yang telah dimaafkannya itu. Maka al'Afwu semata-mata membiarkan. Mankala alMaghfirah adalah berbuat ihsan, kelebihan dan pemurahan." (Lihat Majmu' alFatawa 14/140) 
 
Berdasarkan huraian ini. Ia menunjukkan pandangan yang lebih Rajih adalah pandangan kedua dimana alMaghfirah adalah lebih tinggi daripada al'Afwu.
Cetak