Al-Wajhaan atau al-Awjuh (الْوَجْهَانُ أَوْ الْأَوْجُهُ)
Dimaksudkan kepada pandangan-pandangan Ashab al-Imam al-Syafie RH yang dihubungkan kepada mazhab. Mereka mentahkrijkannya (sesuatu pendapat) berdasarkan usul mazhab dan melakukan istinbath daripada kaedah-kaedah mazhab. Kadang-kadang juga mereka berijtihad dan tidak mengambil dari usul mazhab. (Sila lihat al-Majmu’ 1/66, Mughniy al-Muhtaj 1/105, Hasyiah Qalyubiy 1/13)