Telaga Budha'ah atau Bi'r Budha'ah بئر بضاعة

Glosari Jumlah paparan: 790

Kata Abu Daud:

"Aku mendengar Qutaibah bin Sa'ied berkata: "Aku bertanya kepada Qayyim (individu yang menjaga telaga Budha'ah) tentang kedalamannya. Kata beliau: "Paling dalam airnya sampai ke al'Anah (العانة)." Kata Ahli Bahasa ia (al'Anah) adalah tempat tumbuh bulu di bahagian atas kemaluan qubul lelaki dan perempuan. Aku (Qutaibah) berkata: "jika airnya berkurangan?" Jawab lelaki penjaga itu: "Di bawah (batas) aurat (bawah lutut)."

Kata Abu Daud:

"Aku sendiri mengukur keluasan telaga Budha'ah itu dengan selendangku, dengan cara aku bentangkan di atasnya, kemudian aku ukur dengan hastaku, aku dapati lebarnya (bukaan telaga Budha'ah) adalah sebanyak enam hasta."

Kata Abu Daud:

"Aku bertanya kepada orang yang membuka pintu kebun yang terdapat telaga Budha'ah di dalamnya itu: "apakah ada sesuatu yang telah diubah terhadap binaan telaga ini?" Jawab penjaga itu: "tidak ada" Kata Abu Daud: "Aku melihat di dalam telaga itu air yang berubah warnanya." Kata alNawawi: "iaitulah (perubahan) kerana lamanya tinggal tumbuhan yang berada di dalamnya, bukan disebabkan kewujudan benda luar di dalamnya." (Lihat Ghayah alMaqsud fi Syarh Sunan Abi Daud oleh: al'Azhim Abadi 1/246)

Cetak