Allah; Tuhan Yang Memiliki Keagungan & Kebesaran ذو الجلال والإكرام

Glosari Jumlah paparan: 491

Kata al-Hulaimi (الحليمي) RH:

﴿ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ﴾: ومعناه المُستَحِقُّ لأنْ يُهابَ لسُلطانِهِ، ويُثْنى عليه بما يليقُ بعلوِّ شأنِهِ. وهذا قَدْ يَدْخُلُ فِي باب الإثباتِ على معنى: إِنَّ للخَلق رَبًّا يَستحِقُّ عليهم الإجْلالَ والإكرامَ، ويدخل فِي بابِ التوحيدِ على معنى أَنَّ هذا الحقَّ ليس إلا لمستحِقٍّ واحدٍ.

Maksudnya: “Maknanya (al-Jalal) iaitulah yang berhak digeruni kerana kekuasaanNya, dipuja dengan apa-apa yang sesuai dengan ketinggian kedudukanNya. Boleh juga membawa maksud: Bahawa para makhluk memiliki Tuhan yang berhak menerima pengagungan dan pemuliaan dari mereka semua. Boleh juga membawa maksud bahawa sifat ini tidak berhak melainkan kepada zat yang berhak sata-satunya (Allah Taala).” (Lihat al-Minhaj Fi Syu’ab al-Iman 1/210)

Kata al-Sa’di RH:

﴿ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ﴾؛ أي: ذو العظَمةِ والكبرياءِ، وذو الرَّحمةِ والجُودِ والإحسانِ العامِّ والخاصِّ، المكرُمَة لأوليائِهِ وأصفيائِهِ الذين يُجلُّونه ويُعظمونه ويحبُّونه

Maksudnya: “Zul Jalal wa al-Ikram iaitulah Yang memiliki keagungan dan kebesaran, yang memiliki kasih-sayang dan kerniaan yang banyak, kebaikan yang meluas dan khas. Yang memiliki kemuliaan untuk para kekasihNya dan orang-orang yang ikhlas kepadanya, (iaitulah) mereka yang membesar dan mengagungkanNya serta mencintaiNya.” (Taisir al-Karim al-Rahman Fi Tafsir Kalam al-Mannan, hlmn: 302)

 
 
 
Cetak