Sifat Fizikal Rasulullah SAW (3)

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 1591

al-Bara bin ‘Azib (البراء بن عازب) RA berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , رَجُلاً مَرْبُوعًا , بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ ، عَظِيمَ الْجُمَّةِ إِلَى شَحْمَةِ أُذُنَيْهِ الْيُسْرَى ، عَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ ، مَا رَأَيْتُ شَيْئًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ

Maksudnya: “Rasulullah SAW adalah seorang yang pertengahan (tidak terlalu tinggi dan rendah), lebar antara dua bahu, hujung rambut sampai ke hujung dua telinga. Baginda memakai baju dan kain berwarna merah. Tidak pernah sama sekali aku (al-Barra’ bin ‘Azib) melihat sesuatu yang lebih indah berbanding baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Makna Ungkapan Dan Perkataan

نهانا النبي صلى الله عليه وسلم عن المَيَاثِرِ الْحُمْرِ

Maksudnya:  “Nabi SAW pernah melarang kami dari hamparan berwarna merah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ulama berpandangan larangan ini membawa maksud larangan memakai pakaian yang benar-benar berwarna merah. Namun jika warna merah bercampur dengan warna lain seperti warna putih, hitam dan seumpamanya maka tidak termasuk di dalam larangan.[3] Pandangan beliau ini sama seperti yang dijelaskan oleh al-Imam al-Nawawi dan al-Mubarakfuri.

 

[1] Lihat Syarh Syama’il al-Nabiy SAW oleh al-Syeikh ‘Abdul Razzaq bin ‘Abdul Muhsin al-Badr. hal. 23

[2] Halaman: 14

[3] Lihat Syarh Syama’il al-Nabiy SAW, hal. 24

Cetak
Wallahu a'lam