Sifat Fizikal Rasulullah SAW (5)

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 2411

Daripada ‘Ali bin Abi Tolib katanya:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالطَّوِيلِ , وَلا بِالْقَصِيرِ ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ ، ضَخْمُ الرَّأْسِ ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ ، طَوِيلُ الْمَسْرُبَةِ ، إِذَا مَشَى تَكَفَّأَ تَكَفُّؤًا , كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ ، لَمْ أَرَ قَبْلَهُ , وَلا بَعْدَهُ مِثْلَهُ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Tidaklah baginda Nabi SAW itu terlalu tinggi, tidak juga rendah,[1] dua bahu dan dua kaki baginda agak berisi, kepala yang kuat,[2] tulang-tulang sendi[3] yang kuat, panjang bulu-bulu roma halus yang terbentang antara dada dan pusat baginda, apabila baginda berjalan condong ke hadapan, seperti sedang menuruni jalan menurun, belum pernah aku melihat seorangpun seperti baginda sebelum dan selepas baginda SAW.”  (HR al-Tirmizi. Dan katanya: “Hadis ini Hasan Sahih.” Di sahihkan juga oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi. Al-Albani menyatakan hadis ini lemah sanadnya. Akan tetapi terdapat jalan-jalan periwayatan lain yang saling menguatkan seperti yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Sa’d di dalam al-Tabaqaat. Manakala ungkapan شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ dan yang akhir terdapat di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, hadis dari Anas)

Makna Ungkapan Dan Perkataan

وَلَا مَسَسْتُ خَزًّا وَلَا حَرِيرًا وَلَا شَيْئًا كَانَ أَلْيَنَ مِنْ كَفِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Dan tidaklah pernah daku menyentuh pakaian, mahupun sutera, mahupun sesuatu lain yang lebih lembut dari telapak tangan Rasulullah SAW.” (HR al-Tirmizi dan katanya Hadis Hasan Sahih). Hadis ini menunjukkan tangan baginda adalah lebih lembut dari sutera.

Ungkapan شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ ، ضَخْمُ الرَّأْسِ ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ memaksudkan kekuatan binaan. Dimana Allah SWT telah memberikan kepada baginda tubuh badan yang gagah dan perkasa.

------------------- 

[1] Perkara ini dinyatakan oleh setiap sahabat yang mensifatkan Nabi SAW.

[2] Diterjemahkan kepada kepala yang kuat kerana berdasarkan huraian beberapa ulama yang menyatakan ia menunjukkan kehebatan kepimpinan baginda dan kesempurnaan kekuatan pemikiran. Lihat Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, demikian juga Jam’ al-Rasa’il fi Syarh al-Syama’il.

[3] Seperti dua lutut, dua bahu dan dua siku.

[4] Lihat Mukhtasar al-Syamail al-Muhammadiyyah. hal. 15.

Cetak
Wallahu a'lam