SDI 0354: Ummu al-Sibyan, Jin Pengganggu Bayi?

Hadis dan Ulumnya Jumlah paparan: 847

Soalan: 

Pandangan ustaz.....

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Jawapan:

Terdapat satu hadis yang menyebut tentang Ummu alSibyan. Namun hadis ini TIDAK SAHIH, iaitulah:

من ولد له فأذن في أذنه اليمنى، وأقام في أذنه اليسرى لم تضره أم الصبيان

Maksudnya: "Sesiapa yg dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan di telinga kiri anak tersebut, dia tidak akan dapat dimudharatkan oleh Ummu alSibyan."

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la alMausili di dlm alMusnad. alHafidz alHaithami berkata di dlm Majma' alZawa'id: "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la, di dlm sanadnya ada Marwan bin Salim alGhifari, beliau seorg yg Matruk. Di dlm sanadnya juga ada Yahya bin al'Alla, beliau seorg pemalsu dan pereka hadis."

Hadis ini juga dinilai Palsu oleh alAlbani di dlm alSilsilah alDhoiefah.

Ttg apa yg dimaksudkan dgn Ummu alSibyan ini juga terdapat berbagai pandangan ulama. Namun ia sekadar pandangan yg tidak memiliki sesuatu yg boleh dijadikan sandaran yg kukuh.

Namun, ketiadaan dalil yg kuat atau kukuh ttg Ummu alSibyan ini bukanlah satu penafian adanya jin dan syaitan yg sentiasa berusaha menyakiti manusia samada yg kecil mahupun besar, bayi mahupun dewasa. Kerana usaha syaitan utk menyakiti manusia thabit di dlm hadis2 yg Sahih dr Nabi SAW.

Cetak
Wallahu a'lam